Wednesday, November 28, 2012

Cuti2 Penang

Salam, terasa nak menaip pg nie. Sebab Boss takde dan ramai juga yg takder...So, amik kesempatan nak cerita weekend lepas. Jumaat lepas aku amik cuti balik kg. Balik Kedah. Bermalam semalaman, keesokannya (sabtu) ada kenduri kat Pendang. Kawasannya sgt la best. Jalan jalan nak ke rumah pengantin sgt la kecik jalannya. Kiri kanan ada tali air dan juga bendang. Fuh kalau aku mmg tak leh lalu situ kalau bertembong aku menggelabah. Silap ari bulan aku berenang dalam tali air tu. Mintak simpang! Keh2.
 
Lepas kenduri beramalam kat Seri Malaysia Penang. Boleh lahh...tp petang tu lepas mandi, semayang terus makan kat Telok Tempoyak. Tp tak snap gambo langsong mengenangkan takot rahsia terbongkar! keh2. Siakap yg besau tu rm 30++, udang dlm 7 ekor rm 21, sangat la besar itu udang. Terasa segar n manis. Pada aku mmg murah harga nye, compared sini. Kitorang sampai 5.45 petang. So kedai baru bukak tggu sat jer tara! pilih2 ikan, suruh dia bakar, rasa sgt fresh n air asam sgt sedap n merbeles.
 
Esoknya (ahad) balik. Otw balik singgah Juru makan Mee udang(aku) dan mee udang (habby)...Zharif tak nak katanya pedashh. Tp cuti kali ni Sofia demam. Sebab Rabu sblm tu dia cucuk 5 bulan. Biasalah kalau demam. Nangis jer malam kat hotel tu. Lepas tu aku bedung, bf sekejap terus tdo sampai pg. Ubat pon hubby dah beli utkZharif skali, dia pon dedar jer. Sofia masa kat rumah MIL menangis non stop sbb sblm tu badan dia panas.
 
Tu sbb aku tak leh bermalam lama2 kat rumah org lain..tambahan Sofia ni kalau tukar arah dia tak selesa. Apapon aku rasa selesa kat rumah sendiri 100%. Skrg ni malas jer nak balik kg, bukan apa Sofia ni jenis susah nak lena.Kuat teriak..kalau aku dgr org cakap something aku mula la rasa bengang. Harap2 dalam masa terdekat ni jgn la hubby ajak balik kg lg....teringat masa dia nangis aritu. Sampai serak suara.

Friday, November 16, 2012

Sofia lagi

 ini gambo hari selasa. See, kat pipi dia dah mula naik merah2...
 Hari Rabu baru balik dari nurseri opis sbb pengasoh takder. Pipi dia makin teruk...sampai tertido masa Mama masak kat dapor...
 Ini gambo dari dekat. Nmpk mcm melecur...
 

Wednesday, November 14, 2012

Sofia lagi

 gambo masa berdua tggu Abg Zharif and Ayah tapau nasik
 
ini gambo smlm, muka dia dh start naik ruam susu di pipi...tak tau nk ubat ape...pakai krim ok, tp naik semula...kekadang bedung supaya dia tak tenyeh pp dia tuh...paling ketara masa otw blk Putrajaya, dia byk bf agaknya terkena pp...sian Sofia

Rabu

tajuk yg sgt pendek. Mudah. Malas pon iye juge... Semalam Deepavali, nak wish happy deepavali kpd kawan2 beragama Hindu. Ada la beberapa kerat kawan yg sambut Deepavali. Lavanya(duduk depan aku masa form 6), Jayapriya(gelak mcm kuda), Mallika Kuppusamy(Cikgu Kamel panggil dia Mallika Sherawat), Anitha (tggl kat Ladang Sg. Kruda which is kawasan estet),Punitha Sivaraji(paling terer subjek Ekonomi), Thilaga, Kayathri(kami panggil dia kaya) pastu 2 org lagi tak igt nama. Pastu Sattheesswaran Sivalingam (hat ni igt nama sebab dia ketua kelas paling dedikasi), and Vijay....Aku merasa berkawan ngan bangsa lain ni pon masa tingkatan 6 rendah n atas. Sebelom ni hanya Melayu jer. Mmg best!
 
Cerita pasal smlm, kami shopping barang rumah kat Alamanda...bersungut jugak, asyik Alamanda jer. Jom la p JJ Equine...Hasband cakap "sidai baju luar rumah, mana leh kuar jauh2, nnti tak sempat agkt". lepas tu p Manjaku Bangi beli puting botol budak berdua tu yg kian teruk. beli pampers pastu ada barang sampingan yg lain....lepas tu ke Ayam penyet Wong Solo Seksyen 7...marvelous! sedap! Lepas tu terus balik sebab nak hujan nak turun! ada pulak sidai baju kat luar rumah, Nasib sempat angkat. Fuh3...
 
Cerita hari ni...tet,tet, mesej masok mlm td dlm kul 10pm."kak, esok ina cuti bla...bla..." maksudnya babysitter ank2 coti. So, menggagau aku nak cari pengasoh. So, pasrah je lah pg ni bawah budak2 p nurseri kot2 depa boleh jaga. Sehari RM 21 sorang.  Pepagi tggu penyelia mai, adik tu jwb ok! fuh lega Mak. Zharif mcm tak mau masok, aku hantar sampai depan bilik dia. Si adik kelip2 mata jer lah. Tak tau ape. Harap2 ok lah hendaknya. Tambah2 Si Adek yg kuat nangis tu. Tak per sat gi tengahari MAma dtg tgk Anje n Adek. Esok cuti lg, nak kemana yea? rasa nak beli baju la...baju skrg asyik tukar baju yg sama! bosan la plus baju aku mcm nmpk lusuh. Dah lama gila tak beli baju baru. Mana tau ada org nak belikan :)
 
Cuti kali ni mmg tak blk kg. Bagus jgk sbb kalau selalu balik nnt depa boring pulak asyik tgk muka kami jer. Hehe. prasangka betol. Haha. Ye lah den ni tak pandai masak. Masak style koboi reti lah.So, next week kami nak ke Penang. Ada wedding n terus menginap kat Seri Malaysia sbb husband ada reunion dgn kawan2 sepolian nya dulu. Tp nak singgah rumah MIL. Rasa mcm tak best la nak singgah minggah, tp tak bermalam. Aku ikot jer...apa2 pon dia kena menjawab, aku menurut perintah jer....Hew2. So excited nak p Penang. Saja suka2 bawak nak2 jalan. Dekat2 pon jd lah. Asal kan bercuti bebas dari sebarang gangguan. haha. dasar kuat berjalan
 
 
*gambo penutup*

Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat

Wah cpt betul masa, dah Jumaat. Hari ngam2 sampai opis 7.56am. Hari ni aku telah melakukan sesuatu luar dari kebiasaan. Iaitu menyidai kain waktu pg. Kesannya, semua jd lambat.
Siap mandi pastu sidai kain. Zharif pulak tak mau mandi! perlu dipujuk, dicium2, dipolok2 adeii...nasib baik husband pandai bab pujuk ni. Aku???? tebal rasa nak cubit jer peha dia tu. Last2 husband pujuk dia masok bilik air. Servis bertukar tgn, aku mandikan Zharif.
 
Selasa gaji. Selesai la semua urusan bayar membayar ni. Pengasoh pon bayar cpt, malas tangguh. Husband suggest bayar cpt. Sbb dia tau bini dia ni caner. Haha. Part parent pon dh bg. So, balance tu nak kena jimat. Tak der la kata terlalu mewah, tp sederhana jer lah. Sebelum ada Sofia aku just bayar duit pengasoh utk Zharif jer. Yg lain husband settle.So, balance tibai la beli apa pon.  Skrg bayar 2 org sekali. So, balance paham2 jer. Tp cukup2 jer la. Walau tak mewah, tp alhamdulillah. Ada simpanan utk ank2 dan diri sendiri utk cemas2 yg tak dijangka. Ngeh2.
 
Tgk kawan2 pakai kereta best2, tudung mahal, baju cantik, kasut lawa+bersilau milau, terbit juga rasa teringin. Makan best2, cuti sana sini. Ape kan daya. Tgk opis mate pakai Coach ribu riban, argghh betapa bertuah mu kakak! Ada yg pernah cakap ngan aku, bini dia maintainan tinggi setaraf maintainan kereta! wah! pakai bedak cap apa? Aku just dengar je...angguk2. Silap la cerita kat aku yg tak der class ni. Takder sambutan pon kalo story kat aku.
 
Apa pon, aku bersyukur sgt, aku bahagia dgn hidop skrg. Aku tau husband pon kerja keras nak bg kami hidop selesa. Tp akur dgn apa yg kami ada. Yg penting Zharif n Sofia dpt hidup selesa. Ish, banyak pulak perenggan entry kali nih. Saja nak merepek2. OK LAH BYE!
 
 Adik dh boleh meniarap sendiri...
muka Abg tgh marah Mama amik gambo dia

Tuesday, October 30, 2012

Hari Raya Aidil Adha Kami

Kami menyambut nya di Gurun, Kedah. Meriah. Menu pg raya rendang ayam, ketupas daun palas, mee rebus wajib setiap kali raya. Dan ada jugak soto. Nasib la ada soto, sebab aku tak mkn daging. dan menu paling best sup tulang dan perut rebus cicah dgn air asam. Tp aku tgk jer lah. MMg bau daging pon tak lalu. Siang daging fresh pon tidak la. Thn ni tak dpt membantu sbb ank kecik, So tgk je apa yg patut... Hehe...gambo raya takde. Aku pon tak pakai baju raya. Sebab payah nak bergerak dgn keadaan Sopi yg asyik la merengek. Payah nak tdo siang, nak ajak main ngan sedara mara. So, tgk je lah gambo kami masa melawat kawan lama hubby ni dpt baby...sekitar KMC(kedah Medical Center)
 See, betapa montelnya Zharif
 
 Aku ngan Sofia
 org lain berhempas pulas buat ketupat n rendang, dua sepupu ni menikmati kelazatan keropok Tam Tam (Zharif with Iman Wafi)
 
Balik Perak, dia punya la manja. Sampai mkn pon Opah dia tak marah dia duduk atas meja
Balik Putrajaya apa lagiiii....bersila lah
 

Wednesday, October 24, 2012

Hambar

dari beli sarapan, makan ngan kwn2 topik balik kg. Dah habis sarapan semua org tanya soklan yg same? balik mana? raya mana? kenapa tak balik rumah mak? pening nak jawab. Dan aku rasa nak muntah dengan soalan. Maybe aku yg emo sgt pg ni. Sebab dh bg wrong decision. Arghhh....seriously malaas nak jwb soklan ttg blk kg nih. Buleh muntah hijau. Tanya la soklan lain. Bikin stress la. Boleh imagine kalau dah tua, ank2 tak balik beraya, pastu kita sdih tgk lauk pauk? Argghh mesti sedih kan. Tp mak aku hanya ckp " selagi sihat ikot la suami beraya di mana" :( ye lah mak.
 
Touching sungguh bila ada org tanya. Mood dah sampai mana? aku jwb " kat tol putrajaya la, dari pg td mood saya tang tu je" hehe. Moga raya ni aku happy and 2nd time beraya berempat ngan Sopi. Sopi jgn nangis2 tau. Buktikan pd org yg suka kata Sopi ni sawan tangis tu, Sopi ni gud girl. Tp yg best Sopi buleh ketawa mengekek2...punya la seronok kita agah2 dia. Tp masalah Sopi ni adalah eczema dia. Hari ni nak beli ubat lain pulak. Mana tau ada hasil. Ubat yg klinik bg aritu agak kuat penggunaan steroid. Steroid ni kesan pemulihan sgt cpt, lepas tu jadi semula. So tak bagus utk baby.
 
Ptg ni balik keje aku kemas sikit lg barang. Last skali amik budak berdua tu. terus chow!

Tuesday, October 23, 2012

Balik kampung

Esok balik kg selepas balik kerja. Balik kg sapa tak penting yg penting dapat balik kg, release segala tension banyak sgt ker tension tu? pg ni rejeki murah dapat sandwich, kuih koci n karipap. Terima kasih daun keladi.
So, malam ni packing baju bajan!

Monday, October 22, 2012

Sekecil-kecil Doa

Salam Isnin semua. Hari permulaan yg agak tenang. Hari ni gaji. Cuaca pon baik. Sejuk je masa hantar budak berdua pg td. Mood depa pon baik. Cuma abg agak kemalasan nak mandi. Weekend dah biasa mandi lewat. Jd isnin terbawa2 la malas tuh, hehe. Bila panggil "zharif...jom alin(mandi)" terus dia baring and pura2 tdo.
 
Lupa kan kisah malas mandi dikalangan kanak2. Macam ni, petang smlm terbaca dlm fb menyatakan harga rokok akan naik. Kalau tak silap dlm 30sen. Mmg tak efect kat aku pon. Sebab aku tak smoking. Yg menjadi masalah kat hasben aku tuh. Pada aku kalau selalu memperkata ttg rokok pon dia dah rasa kebal ngan nasihat aku tu. Jadi pada tahap 4 thn kawen aku rasa diam lg baik dari membebel mcm taik lembu jatuh.
 
Berbalik pada tajuk, penah satu hari aku bersembang dgn kakak dlm opis ni. Yg umor dia baya2 mak aku. Aku ckp pada dia, selama 4 thn kawen aku tak pernah putus doa supaya laki aku stop smoking.  Dan aku bgtau dia doa itu tuhan belum makbulkan. Dan dia nasihatkan aku "kita jgn putus asa dlm berdoa, biarpun lmbt dimakbulkan kita kena selalu berdoa". Aku bukan la kata nak dia simpan duit supaya aku dpt beli mcm2 emas berkati. Aku nak dia berhenti memandangkan tak de faedah pon merokok tu. Membazir pon iye, bahaye lagi terhadap kesihatan. Lgpon kami ada ank lelaki. Kena bg contoh yg baik buat dia.
 
Jadi pada aku, aku nak sentiasa posotif. Yg pentng Allah maha mendengar, sekecil2 doa. Meskipon doa kanak2. Aku takkan berhenti memohon supaya laki aku stop smoking. Supaya dia sedar aku sayangkan dia, lebih dari harga rokok selama dia hisap rokok nie.
 
Kekadang terfikir, aku sentiasa berdoa dia stop smoking, tp bg dirinya? Wallahuallam.

Friday, October 19, 2012

Its Friday

Salam, arini Jumaat yg ditunggu2. Sebab esok adalah hari minggu. Tp tak best nak lepak sana sini. Sebab belum gaji, yg ade tu utk kecemasan dan cemas yg sama waktu dgn nya...Hehe! So, mggu ni aktiviti tak dpt dikesan kemana. Maybe ke Alamanda beli Tiramisu Choc kat Famous Amous. Suka betul aku ngan coklat tu. Addicted! dorang tak suka, so aku balas la sorang2.

Pagi ni, sarapan kakitangan kontrak sponsor. Alhamdulillah, moga rezeki korang bertambah. Dapat kerja tetap utk mase depan. Menu pg ni, nasik lemak, ayam goreng, roti jala menjala la hari ni. Dan Kak Zeti (PA Boss) buat pulut bersama sambal tumis ikan bilis dan ikan terubuk masin goreng. Mmg sedap. Menom pulak teh tarih. Memang terangkat kaki dan tangan. Eh lupa, ade kuih seri muka juga. So, aku makan roti jala 2 ketoi, pulut dlm 2 sudu, bersama sambal tumis dan 2 cawan teh tarik! camner nak diet, makan tak hengat.

Ikotkan hati mmg nak diet, tp kekadang mcm takleh stop nafsu mkn. 2 hari berturut2 aku beli Chocolate Fudge kat SR. Sebab aku selalu beli Indulgence jer. Ubah selera pulak. Alasan utama beli Zharif laa...suka agt makan kek. Tp aku ada baca, Ustaz Don bgtau kanak2 tak elok makan benda manis nnt lembab. Takut juga. Tp tak pa lah sekali sekala. Semalam aku puasa. So, complete set la share ngan Zharif. Aku dah puasa ganti 2 hari. MAsih byk perlu diganti. Setiap mggu wajib puasa 2 hari. Bg mengurangkan beban jumlah yg tertunggak. Insyaallah aku boleh laksanakan. Puasa ni bagos sebab aku boleh kontrol makan.

Kadang2 lunch aku amik sikit ja. Lepas kul 3 lapar, balun roti tak hengat. Ate, diet ape la yg aku amalkan ni. Caca marba. Sikit pon tak rasa mcm diet. Tak pe lah kena slow2, google, tgk blog kwn2 yg diet. Kot2 berhasil. Diet ni sbenarnya pd aku kena disiplin kuat. Harap2 aku akan dapat mendisiplin kan diri sebaik  nya! caiyok2.

** ni gambo masa na khatankan Sofia di Klinik Az-Zahrah, Bangi (tgk betapa gemuk nya aku)
** ni gambo masa bawak main2 kat dataran Masjid Putra**

Wednesday, October 17, 2012

Sedih yg tak terucap

tak tau nak mula dari mana. Memula aku tanya kakak aku raya mana? jawapan dia 'kakak tak blk raya' sebab raya jumaat membawa kpd sabtu dan ahad.cuti singkat. So, aku kata tak per lah. Then mggu lepas tanya lagi, dia kata blk Sg Siput. Aku pon decide nak raya Kedah lah. Kira ada lah orang raya ngan Mak, Apak kat kg. Aku tak risau.
 
2 hari lepas sms pasal Sofia, campor2 pelbagai isu termasok tudung Fareeda....tup tup termasok bab raya sekali lg. Was2 ngan Kakak aku sorang nih. Haha! dasar! Dia kata tak balik Perak, raya Kelantan sahaja. Abis lah sian Mak aku raya berdua je ngan Apak. Kak Ngah mesti kerja, So mak pon beraya la ngan ank2 Ngah 3 org tuh.
 
Bila mintak tukar turn raya Perak, tak dapat. Mula la rasa ketidakadilan. Mmg la saya yg decide, tp plan bertukar bak kata Boboiboy. Dah tu hadap jer lah. Nak buat camner, kereta tak pandai drive. Takkan nak marah Kakak aku, dia pon isteri, mesti follow suami. Ish serba tak kena. Aku dah start rasa hari ni hambar jer. Adik beradik belah husband mmg berkumpul raya pertama. Raya kedua semua balik dah. Sebab depa kawen satu wilayah. Kedah-Penang je wilayah depa. Jd aku lah menantu paling jauh, Kalau balik sana raya kedua mmg takder sapa. Takkan nak halang depa. Sebab raya sana meriah sbb ank sedara ramai. Sebab adik beradik aku 3 jer. Semua perempuan. Ank sedara baru 8 (termasuk zharif dan Sofia).
 
Sorry la Mak, aku hanya isteri. Dah la miskin, harta pon takder. Arghhh stresssss nya! Nak raya ngan Mak! sayang mak........kalau dh takdir aku raya selamanya kat sana pon, hadap je lah. Tp aku cuma berharap ada keadilan jugak la untk aku. Mana tau aku mati, dah kempunan. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tuesday, October 16, 2012

Kejadian Semalam

Dengan kederasan melampau aku kena taip entry ni dgn laju. Kalau ada ayat yg tergantung, tercicir perkataan ker hape ker, pandai korang la nak paham. Hehe. Bermulanya macam nih. Semalam aku balik dulu memandangkan husband mesyuarat tingkap. Dengan tak sengaja timbullah idea aku nak balik dulu. So, sms husband bgtau aku blk dulu jalan kaki. Nnt amikkan bebudak tu.
 
Sampai jer rumah teringatkan ada barang rumah dah yellek! so, mintak tlg husband belikan. Makanya dia pon bwkkan budak berdua tuh. So, masa aku masak Sofia menangis, makanya husband menidurkan dia. Ada la dlm setengah jam tido, dia bangun dan menangis. Adei la ank. Nangis nya sangat kuat and selak. Berpeloh2. Sangat la seram dengar dia nangis. Aku pegang otomatik diam. Pelik...dan lepas husband semayang, pegang Sofia semula dan......otomatik menangis!
 
Dan kemuncak nya husband call Pak Wan blok seblah utk tgkkan Sofia n 'pagar' rumah. Masa Pak Wan tu pegang meraung Sofia. Mmg takut n sedih tgk dia nangis. Pak Wan ada cakap maybe masa kat taman ada 'benda' menyapa. Menurut Pak Wan, makhluk tuhan tu sentiasa ada, dimana-mana. Mungkin pada masa tu terkena pd Sofia. Syukur semua selamat. Masa tgh memagar rumah tetiba Pak Wan tanya, ptg td ke Alamanda ke? Berdiri bulu roma aku....Pastu husband kata 'tak'. Then Pak Wan teruskan memagar rumah from pintu depan ke bilik dan seluruh rumah.
 
Aku bukan apa, Sofia tu kalau nangis mmg power. Sampai berpeloh2. Kesian tengok. Harap tak berulang kejadian semalam. Moga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga sentiasa. Amin! Dan hari ni Sofia timbang, berat 5.8 kg....tak byk naiknya. Dlm 400gram. Tp ok la tgk graf nya td. Ok lah bye2...nnt kita cerita lg yea...

Kau, Aku...Sama?

Aku sama seperti kamu. Punya keinginan, impian. Namun yg berbeza kau dan aku....kau mampu aku tidak :(

Friday, October 5, 2012

Salam Jumaat

Salam semua.
Yeah arini Jumaat. Bercakap ttg jumaat, iaitu penghulu hari semua mesti happy kan. Sebab esok cuti, wajib lah jalan2 bawak ank tgk dunia luor. Yang pasti pagi nie dah hot. Sory lah. Tak leh sabor dah. Sebab?
Macam ni, pg2 normallya ku akn hantor ank2 ke rumah BS.Pastu elok jer sorong stroller, ada kete Exora baek punya parking kat exit tmpt pejalan kaki tu. Dah sah2 BPH hadang ngan kon tak buleh parking. Sedap2 dia jer parking situ. Umumnya semua tau kekadang satu rumah ada more than 1 car. So, mangsanya kami yg lalu lalang bawak stroller nih la. So, aku terpaksa lipat stroller and dokong budak 2 org tu. Turun tangga!
Kecewa betul aku ngan manusia mcm ni. Tolong la rasional sket. Jgn park tempat gitu, Ape la perasaan kalau bini korang berhadapan situasi gitu. Ada sekali aku tgk brader ni bawak stroller kembar. Sebab ank ada 2, lagi sian tgk dia.Stroller kembar tu kan berat. Ishh mcm2 la depa nih...

Wednesday, September 26, 2012

Banyak Malaysia

Satu hari kami satu family baru balik dari ALamanda, tiba di kawasan banglo White House kat P18 terkeluarlah dialog nih

Zharif : manyak mesia....
Mama : mana???
Zharif : tuuu (sambil tgn tunjuk bendera yg byk kat tepi jalan)
Mama : Bukan banyak Malaysia, banyak bendera laaa
Zharif : manyak dera(bendera)
Mama : iye...banyak bendera, baru la betul.

Tiap kali nmpk bendera dia sebut Mesia( Malaysia ) Hehe.

Wordless Wednesday Ke??

Ini la gaye budak 2 org ni tido

ni pulak gambo masa aku dlm cuti bersalin...gaye santai...(sila abai keadaan yg bersepah tu yea)

 
Ini lagi santai...tangan terkeluar seblah...walaupon Sofia dah 3 bln++ tetap kena bedong sbb dia suka menggaru...plus dia ade eczema...kalau dia garu, habis la (gambo masa saya masih berpantang)

Tuesday, September 25, 2012

Mother of twos!

salam semua,
Lama tak update blog, dengan kata lain tak aci lah asyik baca entry kawan2 yg lain. Blog sendiri habuk pon tarak. Hehe. Nak update blog dari rumah ofkos la tidak. Tak sempat, nak siap kerja rumah. Malas nak tangguh2. Skrg dah ada dua little angel pulak...kena la guna masa se effective yg mungkin. Hehe!
 
Lately aku byk jgk singgah blog2 ibu2, ttg cara dorang urus anak, karenah ank, pasal breastfeeding, fuhh...kdg2 samapi 1,2 pg aku layan blog dorang nih...sampai habis lah older2 post depa aku view. Hebat tak? bukan apa, kdg2 dari pembacaan ni buleh memberi gambaran macam mana dorang berdepan dgn situasi dorang ni. Sampaikan aku baca and terbit rasa sebak n meleleh air mata baca. Bayangkan betapa pembacaan mereka itu sgt menyentuh hati aku! superb.
 
Dan yg paling best, hari nie gaji. HOoray! mak suka. Tp aku dah berjanji pada diri untuk mengelakkan diri dari berbelanja melebihi kemampuan diri. Bukan apa, dah bertambah ahli kuarga, so kena la berbelanje secara rasional. Dan yg paling penting nak mengekang diri dari membeli secara online...tu yg rasa mcm kadang tumpas.Dan skrg aku tak lg fikir nak ganti baju, kasut, hand bag dah. Skrg lebih kepada depa berdua jer. Doakan mama jd yg terbaik ye ank mama!
 
Ok lah. itu je lah nak merepek hari ni. So, hari ni baru Selasa...Arghh lambatnya nak weekend. Husband mak yg ensem tu nak jadikan Ahad sebagai acara rasmi bawak Zharif main kat dataran Masjid Putra. Aritu bawak dia main beskal kat sana. Nmpk dia seronok jer...sebab ramai org. Sofia siap tertido dlm stroller. Tp ok jugak aku rasa, kalau tak aku nak menempel je kat JJ, Alamanda...paling tidak ajak laki mak p Bangi. So skrg ni aku dh jarang p pasa mlm.  kalau singgah pon cuma beli barang basah jer...wahhh jimat sungguh! Bukan ape, kekadang beli mcm, makan nya tidak. Tempat nye ke tong sampoh juge. Ni yg kene elak.
 
Ok lah kawan, disebabkan gambo dari iPhone dah transfer ke PC, so tgk je ler gambo ank2 teman nih yg dua org ni. Selamat bekerja ya! Babaiiii

pssttt: bulan depan raya haji kan. Tak sabar nak balik kg jmpa mak n bapak. Makan masakan mak....asik makan masakan mak, masakan kita bila mak nak rasa???? Danggggg!!!!!!!

 Finally Adek dah meniarap depan ayahnya hari Sabtu lepas, Adek dah 3 bulan 5.4 kg
 
 Mama and Zharif kat Taman Tasik Titiwangsa
 
 Mama, Zharif dan Adek
 
Ini pulak gambar Adek masa balik dari open house rumah Auntie Yun...


Monday, September 24, 2012

Monday, July 30, 2012

kisah: cucur udang, kuih lopeh dan kasut

Salam, wahh arini dh 10 puasa. Means ada 20 hari lg nak raya. Semua sengih bila sebut raya. Aku pon syok. Tp skrg bkn nak citer ttg part raya kat mana atau kuih berapa balang....its about tajuk kat atas tu...
cucur udang.
Mcm ni, hasben aku ni peminat tegar cucur ni time puasa. Kalau bleh hari2 nak mkn benda yg sama. Yg tak best nya kena da kuah kacang. Dan, aku sgt la 'jemu' nak buat menda alah tu sejak dah beranak 2. MMg berdosa nak nyalah kan deme 2 ketui ni. And atas alasan tak cukup masa, aku pon kdg2 tak terbuat paberet hasben aku ni. And tak tau kenapa, sejak 2 menjak ni aku 'ter' sangat tension nak masak mender nih. Kdg2 sampai berkata dlm hati " apa la best nya cucur ni?" dan mcm2 lg....Yes, mmg aku penat, layan ank.Tambah Zharif punya noti jgn cerita. Tp yg best pasal Zharif tak penah babab Adik dia. tu jer.Berbalik kpd cucur td, kdg2 dah bancoh, tp tersangat lemau nak menggoreng kannya. Sampai setiap kali nak tido aku berdoa agar aku rajin buatkan cucur nih. Punya la takut dose kalau menghampakan permintaan ccur dia tuh. Sampaikan tu nmpk ketidak ikhlasan masak cucur tu(tgk pada kaler cucur laa)

kuih lopeh
Boleh kata tiap posa nak mkn kuih nih, Kali pertama suh dia beli, mmg hancuss. Dengan mentah tekstur pulut, dgn kaler leak pewarna. Mmh tak sedap. Hari berikutnya, siap pesan "bang, cari kuih lopeh yg semenggah sikit yea" pandai request nak yg best. Kawan tu suh buat cucur, malas! bersalahnya rasa. So, tiap kali mkn kuih lopeh ati mula teringat cucur tuh.

Kasut
Semalam p JJ Equine, saja jln2 tgk2 sale. Takder berkenan. Termasuk baju budak. So, belek2 kasut, terjumpa la hat yg berkenan. 59.90 cap SOLE. Aku pon tak penah dengar cap tu. Main beli jer. Yg berkesan kat hati hasben aku dh lameee tak membeli kasut. aku rasa bersalah jgk mengenangkan aku jer beli, dia tidak. Huhhh hati aku sgt nipis hati ni skrg...hehe

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan dan Aku...

Salam Ramadhan semua :)
Now 5th ramadhan. Bula penoh rahmat dan bulan melipatgandakan amalan, bulan di mana kita lebih menghayati erti ramadhan itu sendiri. Bagi aku baru abis pantang, belom rasai puasa pada ketika ini. Takpe esok lusa boleh la tuh... apa yg yg dikongsikan, aku still fully menyusu Sofia sepenohnya without fail. Alhamdulillah...walaupon kekangan masa, tak larat, letih sbb Zharif still tak hntr rumah BS dia. So, masa amat suntuk untuk itu. Kdg2 rasa nak terjun balkoni pon ada. Mana tidaknya,  baru nak pegang Sofia dia jerit "Mama....nak acik(nasik)"....tgh amik nasi, "Mamaa...adek anges(nangis)"......ayooo sgt pening....Baru nak isi air dlm baldi mandi si Adek, "Mamaaaa....nak alin(mandi)......kuar masok bilik air tu jgn cerita la....basah sana sini! tabah la hatiku ya Allah!

Sesungguhnya Allah sgt mengerti dlm hati aku, aku penat ya Allah, mana nak urus keperluan suami, menu buka puas nak sedia, anak punya ragam nak di hadap, kain baju menimbun, rumah sepah sana sini.....Tapi bila fikir sesekali, aku beruntung diuji begini sbb menjadikan aku KUAT. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dlm menempoh perubahan baru dlm hidup ni. Kekadang aku rasa aku bukan Ibu yg baik, sering berasa tertekan.  Sesekali 'mencuri' masa gosok baju suami, sambil perati Zharif...takut dia main apa2.Tambah skrg ni suka panjat sofa....peel dia skrg suka cari beg plastik and kutip segala macam benda yg dia nmpk menarik. Cth: mainan, ubat, remote dan mcm2. Kdg2 kelakar,kdg2 nak menangis tgk ragam dia nih.

Bab puasa, berbuka ala kadar memandangkan menu masak sendiri. 5pm hasben blk, dia smayang asar, aku pon dlm kol 5pm mandikan Sofia. Feeding kejap, then hasben tlg tidokan Sofia. Aku start masak. menu simple, janji 'my water hand. Sedap tak sedap telan! hehe.Persiapan raya akan dtg ni pon ala kadar. cuma belikan Zharif baju melayu sepasang kaler ungu. Sepasang baju melayu kaler hijau kak ipar aku buatkan. Kain org bg. Kain songket sulam.Pahang mali! Tema ungu pekat. Husband dh ada, aku igt nak pakai baju yg  ade jer. Skrg aku rasa mcm dah totally changed. Tak pikir bab nak beli baju aku, kasut ker, h/beg ker...semua anak, anak dan anak. Alhamdulillah. Aku dah mula matang dari segi keperluan depa. And start calculate nnti bayar BS untk Zharif dan Sofia =RM 500 start bln 9. Pheww...So, aku ken berjimat dr skrg! ape ada pd kasut, h/beg mender tu suma. Dh penat dh dulu....Ini masa nak gembirakan ank...

Mcm mana manage gaji pon, pada mak bapak tak lupa. Sebab keberkatan duit tu ada pada mereka dan doa mereka lah menjadikan kita seperti skrg. Dan ak pernah lupa jasa depa. 

Kesempatan ni nak ucap Selamat Berpuasa Kepada Semua....Betapa beruntungnya kita dpt merasai Ramadhan pd kali ini.....

Tuesday, July 10, 2012

ho Yeah, i'm back

KELAHIRAN NUR ZAHIRAH SOFIA BT ZAINURIN
salam, lama sungguh bersawang blog aku nih...so, dari mana nak mule nih? sementara anak2 tido, update sket blog nih. so, nak jimat mase aku taip serba rengkas ttg diri aku skrg nih
-aku selamat melahirkan Nur Zahirah Sofia Bt Zainurin pada 12/6/2012 di Hospital Putrajaya, 3.11 kg, genap 38 minggu. Kena bersain 38 minggu memandangkan masa check up minggu ke 36 doc sahkan aku Placenta Previa Type II(uri bawah)...so, 2 minggu dok spital menghabis sisa waktu terakhir kat sana..haha...(sepatutnya due date sama besday ngan aku 27 jun apekan daye dia lahir awal)s0, caesar pd 12/6 org pertama giliran pd hari berkenaan.Nebes!

-masa doc bgtau kena tahan wad for 2 weeks, dpt berita nenda tersayang menghadap ilahi...(skit tua) sgt la sedih memikirkan keadaan diri yg takleh travel jaoh,high risk....so, tersangat la sedih. Otak pikir nak tinggal Zharif yg masih menyusu badan, camner la nak tido tanpa dia. Alhamdulillah, semua ok. Tp hosp putrajaya tak benar budak masok wad untk melawat, so aku curi2 keluar sbb kalau masalah uri tak bleh turun bawah, So curi2 jer lah kih3

-so, duk spital berkawan la ngan mereka2 yg punya masalah mcm aku(dpt sebilik ngan semua kawan yg uri bawah)...hari yg ditunggu tiba.disorong ke OT macam menyerah nyawa.pasang wayar...bius sana sini...masok tiub kencing. yg lawaknya masa caesar jantung aku berdegup laju...doc tegur, dahi aku berkerut...haha...depa suh mengucap, berzikir(bagus depa dlm OT)....dlm 30 minit Zahirah keluar.Aku tak kisah jantina...asalkan sihat sempurna.Hepi sgt...aku tersangat la takut n trauma sebab lepas operate turun je katil esoknya, parut luka tu keluar darah.nurse tu amik plaster then tempek je atas plaster yg kena darah tu...ya rabbi takut seh!....so, aku cuma berharap masa doc cek esok nya darah tu kering la hendaknya.

-nih part balik rumah, zharif ayah dia amik kat umah bs. dia masih blur nape ade baby. still buat hal dia...tgk dari jaoh.tp bila aku baring atas katil, dia datang baring seblah,yg taktahan dia still ingat 'nenen' remuk redam hati. igt nak bg, hasben kata takpayah lah,lg 2 bulan dia nak masok 2 thn. so, aku pon tak ler bg...tp kalo tgk keadaan dia mase tu sgt la sebak rasa hati.

-lepas kelahiran zahirah syukur sgt, zarif bpleh panggil "mama,ayah, adik,pah, atok" byk perkataan dia boleh sebut...cuma ada jgk pelat2...dan kami dah selesaikan aqiqah untk zahirah(kambeng sekor) dan tunaikan sebahagian lagi part utk zarif(dulu buat sekor jer)

BESDAY
-hasben bg iPhone...siap buleh mintak nak kaler putih casing kaler pink.Hepi!

Friday, April 27, 2012

Happy

salam, hari ni happy...tunggakan gaji dah MASOK! semalam semua org gomen dah dapat sekali ngan gaji. tp ntah kenapa tetiba kitorang ter'kecuali' dapat tunggakan. Sepatutnya dapat sekali ngan gaji,Satu kementerian pulak tu. Ramai yg bersungut, tp takpe lah lambat je kan, Bukan tak dapat langsung..Hehehe....So, gaji kali nie byk sungguh belanje nya ke jalan tak diredhai.
kalau dah p jualan tu mestilah membeli,beli shawl(untk menyusu baby la kunun),suar zharif, baju aisyah(ank sedare), baju baby baru....adeii...tp takper lah sekali sekala.... tp kalau dah every month membeli bukannya sekali sekala okeh! insap!
So, minggu kena la beli serba sikit barang baby. Topup jer lah mana yg kurang. Yang lain recycle jer mana patut. So, harap mggu ni settle segala arena per sopingan bg memudahkan aku tak yah pening2 nak mikior barang2 tak settle. Hehe...bkn ape, takut bersalin awal jer.Now dah 31w....so, bersiap sedia jer lah...
So, skrg kena berusaha utk mencukupkan simpanan utk majlis aqiqah baby baru nnti...so, simpanan yg ade akn digunakan. Sebab zharif baru buat sebahagian. So, insyaallah lepas ni akn buat zharif sebahagian +bahagian adik dia.So, aku sgt berharap boleh settle nnti, doakan yea semua selesai nnti. Dan doakan aku selamat bersalin, tak kisah apa cara sekalipon. Yg penting aku n baby selamat. Ok lah, masa dh semakin suntuk pastu makin byk mata yg perati mcm burung lang....sibuk jer! ok lah babai....
(p/s: mcm rajin jer update blog kebelakangan ni keh2...blog yg takder pembace...aku tulih, aku bace....sempoi kan)

Sunday, April 22, 2012

Perlu beli

utk new born baby:
towel
breast pump:Avent rasanya(bateri)
Botol utk simpan BM, plastik pon beli juge
mitten, booties
kain bedung beli yg ade corak
lampin(abg nye punya dah teruk)
mandian,minyak yuyi, bedak
pampers(standby)+cloth diapers...igt nak try pakai nie...jimat sikit kan?
rasanya ini jer kot.

Saturday, April 21, 2012

Bukit Bendera 13-04-2012

ni kat taman Cyberjaya
kete ni bawak ronda2 sekitar Bukit Bendera(rm30 satu kete nih)...nyaman sgt kat sini...rumah org kaya2 pon ada kat sini....
*gambo berempat*
*suruh senyum terus nganga...ape la abg zarif nih....(dh besar ank aku)
ni tong pos zaman dulu2......klasik bentuknya

Friday, April 20, 2012

Macam2 ade

mcm2 nak cerita. tp malas nak menaip. tambahan kat opis skrg kena tanggung keje. adess la....kekangan masa nak memaip.kalo bos takde boleh la nak baca blog kejap.tinggal komen kat blog kwn2....asal nak menaip ade je yg menyibuk. pantang betoi la manusia penyibuk duduk je blkg kusi aku tgk apa aku taip.
so, entry ni aku taip dgn sesimple yg mungkin la ye...(maklum la kat umah....sat g ank kacau lg haru)
Now 30w preggy...check up 2 minggu sekali. HB rendah, dah minum air gula. result borderline je.so, kena repeat BSP selasa ni. Rabu pulak check up. adei maleh weh naik turun bas. hasben takde minggu ni, so urusan zharif, klinik aku kene settle sendiri.
skrg tgh cari nama yg sesuai untuk baby n preparation untk org baru je lah. beli barang mana patut jer...hat yg lain2 pakai zharif punya jer lah.kena jimat cermat skit. Zharif dah 1y8m now...tgh belajo cakap.Still menyusu badan. harap berterusan sampai 2yr la hendaknye,adik nye aku berhasrat nak full b/f.harap takder masalah .....skrg tgh meriki2 harga b/pump.
Ok lah...nnti2 sambung lg....nak menaip yg rabbi malas. tp bila tgk blog member2 tu selalu update, rasa nak juge aktif berblog.apekan daye...masa suntuk.malas lg...semua ada. tp dlm sehari sblm tido, aku akn baca blog2 kawan....tp kalau kawan2 tak upadate, bosan sgt2....kesian kat blog aku nih...insyaallah...masa berpantang nnti maybe aktif kut blog aku nih....ye ker? wait n see je lah...haha

Tuesday, February 21, 2012

Kebetulan?

cerita 1: Sambal belimbing versi Pahang
Cerite nye: camnih...semalam kawan sepejabat aku nama kak zeti(preggy mommy) mengadu masa tgh nekpes...actually aku dh mkn.disebabkan suka dgn sambal belimbing pahang, aku sebat juge bekas dia( tak malu kan)...
dia: akak sakit perut...perut mengeras je dari mlm td...
aku: gesa dah slalu tu ntah2 dah bukak kot...dah nak besalin kot
dia: maybe lah...akak ada cekup esok(selasa) tp nak g arini...rasa semacam je...
aku: ok...(dia udah kabo pas mkn basoh tupperware pastu simpan...sebab dia nak g KPMC for checkup...)
sangat sedap tau sambal belimbing dia...suke sangat...pedas, masam masin suma cukop...pulak org bg pree, marbeles! mak suka!
ok...arini selasa.mmg teringin nak bikin sambal belimbing sendiri.sbb kak zeti buat tu kecor aor lior kome weh!....nak dijadikan kebetulan, aku mmg nak search resipi ni...mmg rutin akn bkak blog masakan si tiffinbiru tu ler....taraaa...mmg dia hapdet resipi tu...mmg aku suka! rasa nak timang2 jer mat gebu tu...(larat ker) agaknya kebetulan dia mmg buat resipi...dan aku pulak teringin ya rabbi nak buat...aku pon buat! jadi.tp lamanya nak ttgu ayor belimbing kering! bengkak kaki mak...mak ni spesies kalo ngandung tak bleh berdiri lama( normal la tu)...nasib sedap, kalo tak jd, aku lempor kuali ke bawah dr tgkt 7(tak hengattt) kih3
yg paling best blk keje, buat ayat..."abg moh pegi pasar mlm nak beli belimbing buluh...dia jwb "tu jer??? abg nak blk.pas maghrib abg gi"....sementara dia blk, aku dah siap bahan2., and didih air dalam periok!...so, bila dia balik basoh je belimbbing..buang kepala dan ekor, lempor je dlm kuali...
(kak zeti telah selamat besalin petang isnin 3.30 ptg, baby boy...iman ukail asytar bin abd halim)

Saturday, February 18, 2012

Happy Birthday Abang!


Semalam birhday hubby yg ke 31...selamat hari lahir abang...sayangnya surprise yg dirancang tak kesampaian...sedih nya. Tp hati ini ttp ingin bg hadiah, sbb daku tidak pernah lg bg hadiah...birthday aku mcm2 dpt. Sungguh tak romantik aku ni....nak buat camno...aku kalo bab perancangan gaji mmg fail! gagal merancang la sng cerita...(tp aku bg coklat cadbury roast almond bar besar je...hampeh kan diriku?)

Agak pelik menulih entry ari cuti, selalunya aku tak duk rumah pon weekend. Kalau hubby ade, keje aku time mcm ni masak! atau layan si anje...arini hubby p Perak ade ape ntah....aku malas nak bertanya lanjut dia je paham koje dia....kalo dia kate betoi server ke hape ke aku angguk jer....malas ak tanya lebih lanjut.Asal koje, iye beno le die p buat koje..:) Anje tgh tido dgn nyenyak...kul 11 am dah tido....rutin tido dia mmg camni...lepas bfast, mandi...pastu aku bawak round repi tasik....singgah playground...main2....singgah kedai....beli paper, ais krim and terus balik.

Balik rumah mintak susu, siap bancoh tido...sng keje mama...mama pon masak bubur ala2 bubur lambuk....lama tak masak bubur untk anje...so, bubur atas dapo.sat lg dia bgn, suap je...ok lah....merapu meraban pon tak dapat ape...nak sambung mop lantai sat...

So, kpd hubby tersayang, happy birthday...mmg luar kemampuan untk sedia hadiah mahal...apatah lg kita mmg tak mewah....ank pon nak bertambah...saving kena ada...so, hanya keikhlasan ku selama mengahwini mu kuhadiahkan padamu...moga Allah memudahkan segala urusan rumahtangga kita...moga anak bakal lahir ini menguatkan lg kasih sayang kita...dan sama2 kita besarkan zharif and baby bakal lahir dgn keikhlasan...nawaitu tetap sama...iaitu Lillahi taala...moga allah menjadikan aku lebih taat padamu....mengasihi, menyayangi keluarga kita sebaik mungkin! Aminn ya rabbal a'lamin...

Thursday, February 16, 2012

Panduan Membentuk Tabiat Tidur Yang Baik



1) Lakukan aktiviti pada siang hari
-lakukan aktiviti bersama-sama bayi/kanak2. Biasakan kebisingan rumah spt bunyi orang memasak, bunyi tv atau penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

2)Pantau tidur anak disiang hari

-Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak pada waktu malam.



3)Ikut rutin waktu tidur yang konsisten

-Sebelum tidur, mandikan dia, buat turutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.



4)Tidurkan bayi/kanak-kanak ketika mengantuk

-Walaupun dia belum mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur.


5)Beri masa untuk dia bertenang

-Sekiranya anda merasakan dia lapar atau terganggu kerana mimpi dan tangisan yg tidak berhenti, bercakaplah dengan tenang,belai dan menepuk belakangnya.



6)Elakkan menonton televisyen
-Elakkan anak2 tidur di ruang tamu sambil menonton tv. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum tidur kemudian tidak membenarkan nya lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur seharian mereka.

**Alhamdulillah, Zharif dah kami biasakan tido kul 8.oo - 8.30 mlm. Maybe kurang tido waktu siang agaknya. Sebab ramai kawan di rumah babysitter...seronok bermain...bangun sesekali, mintak susu...yg best dalam mamai2 boleh follow sampai dapur...hehe...Zharif sekarang dah 1 tahun 6 bulan...dah besar ank mama** (dah nak dapat adik pon bulan 6 ni) my due date on my birthday...yippe...27 jun 2012!