Monday, October 22, 2012

Sekecil-kecil Doa

Salam Isnin semua. Hari permulaan yg agak tenang. Hari ni gaji. Cuaca pon baik. Sejuk je masa hantar budak berdua pg td. Mood depa pon baik. Cuma abg agak kemalasan nak mandi. Weekend dah biasa mandi lewat. Jd isnin terbawa2 la malas tuh, hehe. Bila panggil "zharif...jom alin(mandi)" terus dia baring and pura2 tdo.
 
Lupa kan kisah malas mandi dikalangan kanak2. Macam ni, petang smlm terbaca dlm fb menyatakan harga rokok akan naik. Kalau tak silap dlm 30sen. Mmg tak efect kat aku pon. Sebab aku tak smoking. Yg menjadi masalah kat hasben aku tuh. Pada aku kalau selalu memperkata ttg rokok pon dia dah rasa kebal ngan nasihat aku tu. Jadi pada tahap 4 thn kawen aku rasa diam lg baik dari membebel mcm taik lembu jatuh.
 
Berbalik pada tajuk, penah satu hari aku bersembang dgn kakak dlm opis ni. Yg umor dia baya2 mak aku. Aku ckp pada dia, selama 4 thn kawen aku tak pernah putus doa supaya laki aku stop smoking.  Dan aku bgtau dia doa itu tuhan belum makbulkan. Dan dia nasihatkan aku "kita jgn putus asa dlm berdoa, biarpun lmbt dimakbulkan kita kena selalu berdoa". Aku bukan la kata nak dia simpan duit supaya aku dpt beli mcm2 emas berkati. Aku nak dia berhenti memandangkan tak de faedah pon merokok tu. Membazir pon iye, bahaye lagi terhadap kesihatan. Lgpon kami ada ank lelaki. Kena bg contoh yg baik buat dia.
 
Jadi pada aku, aku nak sentiasa posotif. Yg pentng Allah maha mendengar, sekecil2 doa. Meskipon doa kanak2. Aku takkan berhenti memohon supaya laki aku stop smoking. Supaya dia sedar aku sayangkan dia, lebih dari harga rokok selama dia hisap rokok nie.
 
Kekadang terfikir, aku sentiasa berdoa dia stop smoking, tp bg dirinya? Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment