Friday, January 25, 2013

Macam macam ada.

Salam semua... Lama nya tak menulis. So, hari ni bersiaran di opis baru. So, suasana nmpk ok je.  Bkn nak citer ttg pejabat.... Nak citer smlm kan gaji. Nafsu mmg menggila nak membeli segala keinginan. Tp kena tahan Nafsu memandangkan byk menda nak kena settle. Lesen in progress. Esok belajar driving. Kecut jugak! Tp layan kan aje. Umor dah 28 baru terkial-kial nak belajo. Tp kenang kan keperluan masa depan, aku kena tabah. Takkan nak harap hubby je. Sekurang-kurang nya aku berani kan diri. Kalau ikot kerelaan sampai bila2 aku tak amik lesen.

Hari ni mood rajin buat breakfast. Maka terjadilah cucur jagong. Hehe...






Thursday, January 3, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Happy New Year!

tahun ni harapannya sama mcm org lain. Doa aku moga diberi kesihatan yg baik, ank2 sihat, rezeki yg murah. Tp azam nak tambah ank tak de la terpikir lg yea. Malam new year ada tembak bunga api kat Putrajaya.Aku pon yg tgh tido pon bangun tgk. yg paling best mengusik Zharif yg takut kan bunyi dum dam dum dam tu. Siap menyorok balik langsir sliding door. kih3. Si Ayah tarik tgn pon tak berjaya. Haha...
 
Yg paling best aku dh dpt lesen L. Haha. tu pon sebab kena paksa. Lulus ujian komputer 47/50. MMg berdebor2...walhal soalan kacang jer (baca mcm nak rak weh) and nak ucap tqvm kepada kak iza (kwn opis) yg kasi pinjam buku. And bg point penting kat aku. Sayang akak ketat2! bila nak harapkan suami amik antar p keje. Nak naik motor bahaya. Aku pandai bawak motor, tp takder lesen jer. Hehe. So, tq pada hubby yg telah berjaya pujuk bini mu ini. Walaupon berdebar2 nak pegang stereng.
 
Dan azam yg lain taknak boros. Dh start kena simpan duit nak hntr Zharif p taska. Setakat ni dia ok jer duduk rumah pengasuh. Tp aku n hubby nak dia berdikari. Sbb di rumah pengasuh makan bersuap, asyik main jer. hubby belikan dia pencil colour, buku colour. Tp dia suruh ayah yg kaler buku dia. Camner tuh?
 
Bab kerja aku malas nak taip detail disini. Kerana kat mana2 tempat kerja mesti ada situasi nih. So, rasanya korang faham la maksud aku. Harap penghijrahan aku ke tmpt baru akn ada pembaharuan dari segi semangat, dan persekitaran yg baik. Apa yg aku timba dari sini, bersendirian lg baik dari bergaul. bergaul tu boleh tp entah lah! kena byk bersabar, kalau ikotkan aku nak jer berhenti. Tp memikirkan zharif dan Sofia tabah la juga. gila weh keje gomen nak berhenti. Aku penah cakap kat hubby nak berhenti keje nak jaga anak org. Mmg sesuai dgn jiwa aku yg sayangkan ank2. Setakat nak masak n suapkan budak tak der hal punya.
 
Weekend 2 mggu lepas mmg aku mengurus lesen jer lah...budak 2 org ayahnya jaga. Kesian tgk depa terperap jer dlm rumah tak kemana...utk masa depan, mana tau ada emergency ker...
 
Ok, tu je ler untuk entry kali ni. Entah2 pasni dah takder entry. payah nak update pasni. harap2 segala azam kita tercapai dari semua aspek. Kesihatan, kewangan, rumahtangga, pelajaran anak2, dan semua lah.