Tuesday, October 30, 2012

Hari Raya Aidil Adha Kami

Kami menyambut nya di Gurun, Kedah. Meriah. Menu pg raya rendang ayam, ketupas daun palas, mee rebus wajib setiap kali raya. Dan ada jugak soto. Nasib la ada soto, sebab aku tak mkn daging. dan menu paling best sup tulang dan perut rebus cicah dgn air asam. Tp aku tgk jer lah. MMg bau daging pon tak lalu. Siang daging fresh pon tidak la. Thn ni tak dpt membantu sbb ank kecik, So tgk je apa yg patut... Hehe...gambo raya takde. Aku pon tak pakai baju raya. Sebab payah nak bergerak dgn keadaan Sopi yg asyik la merengek. Payah nak tdo siang, nak ajak main ngan sedara mara. So, tgk je lah gambo kami masa melawat kawan lama hubby ni dpt baby...sekitar KMC(kedah Medical Center)
 See, betapa montelnya Zharif
 
 Aku ngan Sofia
 org lain berhempas pulas buat ketupat n rendang, dua sepupu ni menikmati kelazatan keropok Tam Tam (Zharif with Iman Wafi)
 
Balik Perak, dia punya la manja. Sampai mkn pon Opah dia tak marah dia duduk atas meja
Balik Putrajaya apa lagiiii....bersila lah
 

Wednesday, October 24, 2012

Hambar

dari beli sarapan, makan ngan kwn2 topik balik kg. Dah habis sarapan semua org tanya soklan yg same? balik mana? raya mana? kenapa tak balik rumah mak? pening nak jawab. Dan aku rasa nak muntah dengan soalan. Maybe aku yg emo sgt pg ni. Sebab dh bg wrong decision. Arghhh....seriously malaas nak jwb soklan ttg blk kg nih. Buleh muntah hijau. Tanya la soklan lain. Bikin stress la. Boleh imagine kalau dah tua, ank2 tak balik beraya, pastu kita sdih tgk lauk pauk? Argghh mesti sedih kan. Tp mak aku hanya ckp " selagi sihat ikot la suami beraya di mana" :( ye lah mak.
 
Touching sungguh bila ada org tanya. Mood dah sampai mana? aku jwb " kat tol putrajaya la, dari pg td mood saya tang tu je" hehe. Moga raya ni aku happy and 2nd time beraya berempat ngan Sopi. Sopi jgn nangis2 tau. Buktikan pd org yg suka kata Sopi ni sawan tangis tu, Sopi ni gud girl. Tp yg best Sopi buleh ketawa mengekek2...punya la seronok kita agah2 dia. Tp masalah Sopi ni adalah eczema dia. Hari ni nak beli ubat lain pulak. Mana tau ada hasil. Ubat yg klinik bg aritu agak kuat penggunaan steroid. Steroid ni kesan pemulihan sgt cpt, lepas tu jadi semula. So tak bagus utk baby.
 
Ptg ni balik keje aku kemas sikit lg barang. Last skali amik budak berdua tu. terus chow!

Tuesday, October 23, 2012

Balik kampung

Esok balik kg selepas balik kerja. Balik kg sapa tak penting yg penting dapat balik kg, release segala tension banyak sgt ker tension tu? pg ni rejeki murah dapat sandwich, kuih koci n karipap. Terima kasih daun keladi.
So, malam ni packing baju bajan!

Monday, October 22, 2012

Sekecil-kecil Doa

Salam Isnin semua. Hari permulaan yg agak tenang. Hari ni gaji. Cuaca pon baik. Sejuk je masa hantar budak berdua pg td. Mood depa pon baik. Cuma abg agak kemalasan nak mandi. Weekend dah biasa mandi lewat. Jd isnin terbawa2 la malas tuh, hehe. Bila panggil "zharif...jom alin(mandi)" terus dia baring and pura2 tdo.
 
Lupa kan kisah malas mandi dikalangan kanak2. Macam ni, petang smlm terbaca dlm fb menyatakan harga rokok akan naik. Kalau tak silap dlm 30sen. Mmg tak efect kat aku pon. Sebab aku tak smoking. Yg menjadi masalah kat hasben aku tuh. Pada aku kalau selalu memperkata ttg rokok pon dia dah rasa kebal ngan nasihat aku tu. Jadi pada tahap 4 thn kawen aku rasa diam lg baik dari membebel mcm taik lembu jatuh.
 
Berbalik pada tajuk, penah satu hari aku bersembang dgn kakak dlm opis ni. Yg umor dia baya2 mak aku. Aku ckp pada dia, selama 4 thn kawen aku tak pernah putus doa supaya laki aku stop smoking.  Dan aku bgtau dia doa itu tuhan belum makbulkan. Dan dia nasihatkan aku "kita jgn putus asa dlm berdoa, biarpun lmbt dimakbulkan kita kena selalu berdoa". Aku bukan la kata nak dia simpan duit supaya aku dpt beli mcm2 emas berkati. Aku nak dia berhenti memandangkan tak de faedah pon merokok tu. Membazir pon iye, bahaye lagi terhadap kesihatan. Lgpon kami ada ank lelaki. Kena bg contoh yg baik buat dia.
 
Jadi pada aku, aku nak sentiasa posotif. Yg pentng Allah maha mendengar, sekecil2 doa. Meskipon doa kanak2. Aku takkan berhenti memohon supaya laki aku stop smoking. Supaya dia sedar aku sayangkan dia, lebih dari harga rokok selama dia hisap rokok nie.
 
Kekadang terfikir, aku sentiasa berdoa dia stop smoking, tp bg dirinya? Wallahuallam.

Friday, October 19, 2012

Its Friday

Salam, arini Jumaat yg ditunggu2. Sebab esok adalah hari minggu. Tp tak best nak lepak sana sini. Sebab belum gaji, yg ade tu utk kecemasan dan cemas yg sama waktu dgn nya...Hehe! So, mggu ni aktiviti tak dpt dikesan kemana. Maybe ke Alamanda beli Tiramisu Choc kat Famous Amous. Suka betul aku ngan coklat tu. Addicted! dorang tak suka, so aku balas la sorang2.

Pagi ni, sarapan kakitangan kontrak sponsor. Alhamdulillah, moga rezeki korang bertambah. Dapat kerja tetap utk mase depan. Menu pg ni, nasik lemak, ayam goreng, roti jala menjala la hari ni. Dan Kak Zeti (PA Boss) buat pulut bersama sambal tumis ikan bilis dan ikan terubuk masin goreng. Mmg sedap. Menom pulak teh tarih. Memang terangkat kaki dan tangan. Eh lupa, ade kuih seri muka juga. So, aku makan roti jala 2 ketoi, pulut dlm 2 sudu, bersama sambal tumis dan 2 cawan teh tarik! camner nak diet, makan tak hengat.

Ikotkan hati mmg nak diet, tp kekadang mcm takleh stop nafsu mkn. 2 hari berturut2 aku beli Chocolate Fudge kat SR. Sebab aku selalu beli Indulgence jer. Ubah selera pulak. Alasan utama beli Zharif laa...suka agt makan kek. Tp aku ada baca, Ustaz Don bgtau kanak2 tak elok makan benda manis nnt lembab. Takut juga. Tp tak pa lah sekali sekala. Semalam aku puasa. So, complete set la share ngan Zharif. Aku dah puasa ganti 2 hari. MAsih byk perlu diganti. Setiap mggu wajib puasa 2 hari. Bg mengurangkan beban jumlah yg tertunggak. Insyaallah aku boleh laksanakan. Puasa ni bagos sebab aku boleh kontrol makan.

Kadang2 lunch aku amik sikit ja. Lepas kul 3 lapar, balun roti tak hengat. Ate, diet ape la yg aku amalkan ni. Caca marba. Sikit pon tak rasa mcm diet. Tak pe lah kena slow2, google, tgk blog kwn2 yg diet. Kot2 berhasil. Diet ni sbenarnya pd aku kena disiplin kuat. Harap2 aku akan dapat mendisiplin kan diri sebaik  nya! caiyok2.

** ni gambo masa na khatankan Sofia di Klinik Az-Zahrah, Bangi (tgk betapa gemuk nya aku)
** ni gambo masa bawak main2 kat dataran Masjid Putra**

Wednesday, October 17, 2012

Sedih yg tak terucap

tak tau nak mula dari mana. Memula aku tanya kakak aku raya mana? jawapan dia 'kakak tak blk raya' sebab raya jumaat membawa kpd sabtu dan ahad.cuti singkat. So, aku kata tak per lah. Then mggu lepas tanya lagi, dia kata blk Sg Siput. Aku pon decide nak raya Kedah lah. Kira ada lah orang raya ngan Mak, Apak kat kg. Aku tak risau.
 
2 hari lepas sms pasal Sofia, campor2 pelbagai isu termasok tudung Fareeda....tup tup termasok bab raya sekali lg. Was2 ngan Kakak aku sorang nih. Haha! dasar! Dia kata tak balik Perak, raya Kelantan sahaja. Abis lah sian Mak aku raya berdua je ngan Apak. Kak Ngah mesti kerja, So mak pon beraya la ngan ank2 Ngah 3 org tuh.
 
Bila mintak tukar turn raya Perak, tak dapat. Mula la rasa ketidakadilan. Mmg la saya yg decide, tp plan bertukar bak kata Boboiboy. Dah tu hadap jer lah. Nak buat camner, kereta tak pandai drive. Takkan nak marah Kakak aku, dia pon isteri, mesti follow suami. Ish serba tak kena. Aku dah start rasa hari ni hambar jer. Adik beradik belah husband mmg berkumpul raya pertama. Raya kedua semua balik dah. Sebab depa kawen satu wilayah. Kedah-Penang je wilayah depa. Jd aku lah menantu paling jauh, Kalau balik sana raya kedua mmg takder sapa. Takkan nak halang depa. Sebab raya sana meriah sbb ank sedara ramai. Sebab adik beradik aku 3 jer. Semua perempuan. Ank sedara baru 8 (termasuk zharif dan Sofia).
 
Sorry la Mak, aku hanya isteri. Dah la miskin, harta pon takder. Arghhh stresssss nya! Nak raya ngan Mak! sayang mak........kalau dh takdir aku raya selamanya kat sana pon, hadap je lah. Tp aku cuma berharap ada keadilan jugak la untk aku. Mana tau aku mati, dah kempunan. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tuesday, October 16, 2012

Kejadian Semalam

Dengan kederasan melampau aku kena taip entry ni dgn laju. Kalau ada ayat yg tergantung, tercicir perkataan ker hape ker, pandai korang la nak paham. Hehe. Bermulanya macam nih. Semalam aku balik dulu memandangkan husband mesyuarat tingkap. Dengan tak sengaja timbullah idea aku nak balik dulu. So, sms husband bgtau aku blk dulu jalan kaki. Nnt amikkan bebudak tu.
 
Sampai jer rumah teringatkan ada barang rumah dah yellek! so, mintak tlg husband belikan. Makanya dia pon bwkkan budak berdua tuh. So, masa aku masak Sofia menangis, makanya husband menidurkan dia. Ada la dlm setengah jam tido, dia bangun dan menangis. Adei la ank. Nangis nya sangat kuat and selak. Berpeloh2. Sangat la seram dengar dia nangis. Aku pegang otomatik diam. Pelik...dan lepas husband semayang, pegang Sofia semula dan......otomatik menangis!
 
Dan kemuncak nya husband call Pak Wan blok seblah utk tgkkan Sofia n 'pagar' rumah. Masa Pak Wan tu pegang meraung Sofia. Mmg takut n sedih tgk dia nangis. Pak Wan ada cakap maybe masa kat taman ada 'benda' menyapa. Menurut Pak Wan, makhluk tuhan tu sentiasa ada, dimana-mana. Mungkin pada masa tu terkena pd Sofia. Syukur semua selamat. Masa tgh memagar rumah tetiba Pak Wan tanya, ptg td ke Alamanda ke? Berdiri bulu roma aku....Pastu husband kata 'tak'. Then Pak Wan teruskan memagar rumah from pintu depan ke bilik dan seluruh rumah.
 
Aku bukan apa, Sofia tu kalau nangis mmg power. Sampai berpeloh2. Kesian tengok. Harap tak berulang kejadian semalam. Moga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga sentiasa. Amin! Dan hari ni Sofia timbang, berat 5.8 kg....tak byk naiknya. Dlm 400gram. Tp ok la tgk graf nya td. Ok lah bye2...nnt kita cerita lg yea...

Kau, Aku...Sama?

Aku sama seperti kamu. Punya keinginan, impian. Namun yg berbeza kau dan aku....kau mampu aku tidak :(

Friday, October 5, 2012

Salam Jumaat

Salam semua.
Yeah arini Jumaat. Bercakap ttg jumaat, iaitu penghulu hari semua mesti happy kan. Sebab esok cuti, wajib lah jalan2 bawak ank tgk dunia luor. Yang pasti pagi nie dah hot. Sory lah. Tak leh sabor dah. Sebab?
Macam ni, pg2 normallya ku akn hantor ank2 ke rumah BS.Pastu elok jer sorong stroller, ada kete Exora baek punya parking kat exit tmpt pejalan kaki tu. Dah sah2 BPH hadang ngan kon tak buleh parking. Sedap2 dia jer parking situ. Umumnya semua tau kekadang satu rumah ada more than 1 car. So, mangsanya kami yg lalu lalang bawak stroller nih la. So, aku terpaksa lipat stroller and dokong budak 2 org tu. Turun tangga!
Kecewa betul aku ngan manusia mcm ni. Tolong la rasional sket. Jgn park tempat gitu, Ape la perasaan kalau bini korang berhadapan situasi gitu. Ada sekali aku tgk brader ni bawak stroller kembar. Sebab ank ada 2, lagi sian tgk dia.Stroller kembar tu kan berat. Ishh mcm2 la depa nih...