Sunday, March 3, 2013

Kisah Sofia

Hai semua, salam ahad. Pagi nie sure sedap tarik selimut kann...cuaca skrg ni panas jer...pasang ekon pon tak syok still terasa aura panas itu...
Dipendekkan cerita. Jumaat lepas bermula lah kami 'berkampung' di Hosp Putrajay (HPJ) temujanji Sofia dgn pakar kulit. Aku EL memandangkan tak sanggup nak patah balik ke Cyber after that. Sure Zharif mengamuk nak ikot. Dan adventure la bawak die, sebab bila sampai simpang nak membelok ke rumah Auntie(pengasuh) dia siap ckp "nanak Anti"...tak nak p rumah Auntie la tuh. Its ok kami pon angkut la dia sekali. Dan sampai pertengahan jalan, pandai dia sakat kami laki bini. "nak Anti"...td merayu takmo p sana. Dah jauh gini baru nak p rumah Auntie ye...hehe layan kan aje

Sampai sana amik giliran, kena bg buku appoint pada kaunter E. Tggu sikit la lama. But its ok. HPJ mmg ramai pesakit. Bab tu aku sikit pon tak marah, dah itu jer tahap kemampuan kami. Hosp swasta pon kami dh cuba, apekan daya kuasa Tuhan. Kami kena cuba alternatif HPJ pulak.

Aku sempat bf kan Sofia dalam 20 minutes. Then hubby call, ok masok blk 5. Doc belek2 muka. Dia kata ini eczema, n suggest pakai air garam. Wah seriau dah...then aku cakap kat badan pon ada. Dia kata this is fungal (bakteria) aku biasa kena dulu. Benda ni cpt merepak. Seakan berlopak2, dah makin merebak, dari sebasar duit syiling 10sen sekarang dah besar tapak tgn Zharif. Bayangkan sengsaranya dia. sblm ni aku sapu krim moogoo, olive oil pon ada. Tp ada masa dia naik juga. Ada masa dia mcm surut.

Doc bg ubat untuk mandikan dia which kaler purple, krim ofkos la ade steroid. 2 jenis aqeuos(kalau salah kome cari nama betul dia yer) dan juge krim hypercort. Aku n hubby just follow jer suggestion doc. Tp hati masih berbelah bahagi ttg krim tu.

Dam masa menunggu berjanggut kat bahagian farmasi, aku telah disapa oleh perempuan berbangsa India.
Dia : Baby eczema?
aku : Ya
Dia : 20 years ago ank saya pon kena
aku : ohh yeker
Dia : Anak saya teruk sampai bengkak2 badan
Aku : ank saya kena kat muka dan di badan
Dia : Ade ank eczema you kena byk2 sabar. Sebab it takes time.
Aku : (dgr je...sbb mata dah berkaca...sebak)
Dia : You kena rajin doa, kat rumah or di masjid. Macam I, semayang di kuil. Elok juga you sedekah kepada org miskin makanan...
Aku : yes. betul.

Sblm balik terjumpa semula wanita ni. Dia pegang tgn Sofia dan cakap "moga nnt cpt sembuh tau" TQ so much Madam. Walaupon kita berlainan agam mahupun fahaman, aku sgt hargai. Sbb berpesan2 tu amalan yg baik. Kdg2 kita leka, alpa....moga tahap kesihatan Sofia memberangsangkan dari hari ke hari. Dan setiap kali ada yg bertanya kan pipi Sofia aku jd sebab, air mata bertakung....Allahuakbar,

Untuk pengetahuan anakku Sofia, tak penah walau sesaat lupa apa yg terbaik buat mu. Especially pandang sofia merangkak segenap rumah, hati jd hiba. Memikirkan alternatif yg terbaik buatmu anak. Moga satu hari nnt Allah kabul kan permintaan utk melihat Sofia sembuh sepenuhnya. Amin.

(Mama sdg berkira2 untuk ambil cuti tanpa gaji utk jaga Sofia, tp still dalam perancangan)