Tuesday, October 16, 2012

Kejadian Semalam

Dengan kederasan melampau aku kena taip entry ni dgn laju. Kalau ada ayat yg tergantung, tercicir perkataan ker hape ker, pandai korang la nak paham. Hehe. Bermulanya macam nih. Semalam aku balik dulu memandangkan husband mesyuarat tingkap. Dengan tak sengaja timbullah idea aku nak balik dulu. So, sms husband bgtau aku blk dulu jalan kaki. Nnt amikkan bebudak tu.
 
Sampai jer rumah teringatkan ada barang rumah dah yellek! so, mintak tlg husband belikan. Makanya dia pon bwkkan budak berdua tuh. So, masa aku masak Sofia menangis, makanya husband menidurkan dia. Ada la dlm setengah jam tido, dia bangun dan menangis. Adei la ank. Nangis nya sangat kuat and selak. Berpeloh2. Sangat la seram dengar dia nangis. Aku pegang otomatik diam. Pelik...dan lepas husband semayang, pegang Sofia semula dan......otomatik menangis!
 
Dan kemuncak nya husband call Pak Wan blok seblah utk tgkkan Sofia n 'pagar' rumah. Masa Pak Wan tu pegang meraung Sofia. Mmg takut n sedih tgk dia nangis. Pak Wan ada cakap maybe masa kat taman ada 'benda' menyapa. Menurut Pak Wan, makhluk tuhan tu sentiasa ada, dimana-mana. Mungkin pada masa tu terkena pd Sofia. Syukur semua selamat. Masa tgh memagar rumah tetiba Pak Wan tanya, ptg td ke Alamanda ke? Berdiri bulu roma aku....Pastu husband kata 'tak'. Then Pak Wan teruskan memagar rumah from pintu depan ke bilik dan seluruh rumah.
 
Aku bukan apa, Sofia tu kalau nangis mmg power. Sampai berpeloh2. Kesian tengok. Harap tak berulang kejadian semalam. Moga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga sentiasa. Amin! Dan hari ni Sofia timbang, berat 5.8 kg....tak byk naiknya. Dlm 400gram. Tp ok la tgk graf nya td. Ok lah bye2...nnt kita cerita lg yea...

3 comments:

  1. uihhh!! apakah yang terjadi? pasni takyah singgah² taman untuk keselamatan.

    ReplyDelete
  2. agaknya benda tu berkampong kt alamanda kot. hoihhh bahaya jgn bwk bdk kecik ke sana

    ReplyDelete
  3. kak yun, tak bawak alamanda pun. Hanya p kedai kat bawah je

    ReplyDelete