Thursday, February 16, 2012

Panduan Membentuk Tabiat Tidur Yang Baik



1) Lakukan aktiviti pada siang hari
-lakukan aktiviti bersama-sama bayi/kanak2. Biasakan kebisingan rumah spt bunyi orang memasak, bunyi tv atau penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

2)Pantau tidur anak disiang hari

-Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak pada waktu malam.



3)Ikut rutin waktu tidur yang konsisten

-Sebelum tidur, mandikan dia, buat turutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.



4)Tidurkan bayi/kanak-kanak ketika mengantuk

-Walaupun dia belum mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur.


5)Beri masa untuk dia bertenang

-Sekiranya anda merasakan dia lapar atau terganggu kerana mimpi dan tangisan yg tidak berhenti, bercakaplah dengan tenang,belai dan menepuk belakangnya.



6)Elakkan menonton televisyen
-Elakkan anak2 tidur di ruang tamu sambil menonton tv. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum tidur kemudian tidak membenarkan nya lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur seharian mereka.

**Alhamdulillah, Zharif dah kami biasakan tido kul 8.oo - 8.30 mlm. Maybe kurang tido waktu siang agaknya. Sebab ramai kawan di rumah babysitter...seronok bermain...bangun sesekali, mintak susu...yg best dalam mamai2 boleh follow sampai dapur...hehe...Zharif sekarang dah 1 tahun 6 bulan...dah besar ank mama** (dah nak dapat adik pon bulan 6 ni) my due date on my birthday...yippe...27 jun 2012!







No comments:

Post a Comment