Wednesday, November 28, 2012

Cuti2 Penang

Salam, terasa nak menaip pg nie. Sebab Boss takde dan ramai juga yg takder...So, amik kesempatan nak cerita weekend lepas. Jumaat lepas aku amik cuti balik kg. Balik Kedah. Bermalam semalaman, keesokannya (sabtu) ada kenduri kat Pendang. Kawasannya sgt la best. Jalan jalan nak ke rumah pengantin sgt la kecik jalannya. Kiri kanan ada tali air dan juga bendang. Fuh kalau aku mmg tak leh lalu situ kalau bertembong aku menggelabah. Silap ari bulan aku berenang dalam tali air tu. Mintak simpang! Keh2.
 
Lepas kenduri beramalam kat Seri Malaysia Penang. Boleh lahh...tp petang tu lepas mandi, semayang terus makan kat Telok Tempoyak. Tp tak snap gambo langsong mengenangkan takot rahsia terbongkar! keh2. Siakap yg besau tu rm 30++, udang dlm 7 ekor rm 21, sangat la besar itu udang. Terasa segar n manis. Pada aku mmg murah harga nye, compared sini. Kitorang sampai 5.45 petang. So kedai baru bukak tggu sat jer tara! pilih2 ikan, suruh dia bakar, rasa sgt fresh n air asam sgt sedap n merbeles.
 
Esoknya (ahad) balik. Otw balik singgah Juru makan Mee udang(aku) dan mee udang (habby)...Zharif tak nak katanya pedashh. Tp cuti kali ni Sofia demam. Sebab Rabu sblm tu dia cucuk 5 bulan. Biasalah kalau demam. Nangis jer malam kat hotel tu. Lepas tu aku bedung, bf sekejap terus tdo sampai pg. Ubat pon hubby dah beli utkZharif skali, dia pon dedar jer. Sofia masa kat rumah MIL menangis non stop sbb sblm tu badan dia panas.
 
Tu sbb aku tak leh bermalam lama2 kat rumah org lain..tambahan Sofia ni kalau tukar arah dia tak selesa. Apapon aku rasa selesa kat rumah sendiri 100%. Skrg ni malas jer nak balik kg, bukan apa Sofia ni jenis susah nak lena.Kuat teriak..kalau aku dgr org cakap something aku mula la rasa bengang. Harap2 dalam masa terdekat ni jgn la hubby ajak balik kg lg....teringat masa dia nangis aritu. Sampai serak suara.

No comments:

Post a Comment