Thursday, May 23, 2013

Ulang tahun ke 5

Esok, tarikh penting. Ulang tahun yg ke-5...sepatutnya esok karang. Tp esok ada event pulak. Esok kami sekuarga akan ke PAsir Gudang, Johor follow konvoi geng Alza ke sana. So, berkumpul di MAsjid Putra pukul 5 dan bergerak ke sana. Tp rasanya tak la follow sampai ke destinasi sebab kalo konvoi semesti nya lama. Sebab Sofia tu cepat rimas. So, Ikut separuh jalan pon ok la. Bukan apa, aku tak la sanggup tgk dia rimas. Nnt serba tak kena. Pangku tak kena, duduk dlm car seat dia lentikkan badan. FUh! serba serbi tak kena.

Ok2 tak nak melalut, malam ni kemas beg. Kemas segala mak nenek keperluan ke sana. Harap nya mood tak kelaut nak mengemas. Hehe. Tp malam ni jugak nak ke Hari Belia pulak... Rindu Hari Belia :'( teringat kawan2

Anniversary thn ni kita berjalan ke Johor lah ye. Meriah tahun ni dengan adanya Sofia. Tahun ni sambut berempat. Apa pun, aku bersyukur di tahun ke 5 ini aku masih bernafas, diberi kesihatan yg baik, diberi hidup yg serba sederhana. Di saat ingin rebah ke lantai, dengan masalah kulit Sofia suami masih disisi. Dia mmg lebih tabah dari aku. Sikit2 nak resign! sikit nak hantar Sofia balik kg. Biar mak jaga. Alhamdulillah, dia masih ada disisi aku beri kekuatan. KAlau tak ada dia mungkin aku tak sekuat sekarang.

Bersyukur saat terpandang bingkai gambar di dinding rumah. Tak nafikan byk ranjau duri sepanjang 5 thn ni. Tp Allah mengetahui. Alhamdulillah rezeki kami thn ni murah. Walau tak dapat melancong ke oversea sekalipun tp aku ttp bersyukur.

To my hubby, selamat ulang tahun. Terima kasih kerana sentiasa di sisi menemani di saat susah senang. Moga kita dikurniakan kesihatan yg baik, untuk menjaga amanah Allah sebaiknya Muhammad Zharif dan Nur Zahirah Sofia....

No comments:

Post a Comment