Tuesday, May 28, 2013

entry bergambo

al kisah konvoi ke JOhor aritu, berjalan lancar. Lama tu mmg lah lama. Sakit pinggang dengan Sofia yg melasak dalam kereta. Tp enjoy la...

Eczema Sofia masa p JOhor agak teruk, konvoi kami singgah di perkampungan di JOhor(salah sorang peserta tu menjemput kami singgah di rumah Mak dia,ada kenduri) kalau tak silap nama kg tu Kampung Ulu something lah! mak dah lupe namanya. Lauk banyak! nasik puteh, pecal, ayam masak merah, ikan masin masak lemak nenas, sambal goreng, mee goreng. Makan dengan lahap sebab perut dan mula berangin. Masuk dalam kereta hubby bgtau"yg kita makan td tu nasik ambeng" haha...aku baru tahu...sebab pada aku, nasik ambeng mesti dilengkapi talam kalau makan di rumah. Kah3 mmg sedap...air 3 jenih. Air cendol, koktel dan sirap.

Kat rumah tu ramai la yg menegur muka Sofia. Siap ade yg bertanya masa mengandung ada bakar sampah ker? Hoih, ape kaitan dengan bakar sampah??? dang! maybe nak membuat kaitan dengan masalah muka Sofia kutt...Aku jawab "kami duduk apartment , nak membakar kat mane pulak...." hadoi!

nak tgk muka Sofia masa di JOhor? taraa...ni gambo dia tido kat pangkuan aku masa dalam dewan masa dinner MAOC(My Alza Owner Club) teruk kan...bertabah hati, perasaan, mental, fizikal.
(25/5/2013) dimana silap nya? maybe Mama tersalah pandang dari segi penjagaanmu syg :(

(sebelum berubat di Darussyifa') mengelupas satu muka
(ini gambo bulan lepas kalau tak silap, lepas berubat di Darussyifa' kali pertama)
Alhamdulillah...bertambah sihat

(sebahagian produk yg kami cuba untuk Sofia)

Semalam 27/05/2013 kami ke Darussyifa' kali ke dua berjumpa Ustaz Aris. Alhamdulillah, mudah sahaja nak berjumpa dia. Waktu dijanjikan kami jumpa, proses untuk berubat Sofia pon bermula. Ustaz berikan kali ni minyak kelapa dara untuk diminum, air untuk mandi. Perlu mandikan 3 petang sblm Maghrib. HArap nya Sofia akan bertambah sihat selepas ini. Amin


4 comments:

  1. ya allah kesian nya sofia.again akak nk nangis tgk nih.sory huhuuu.moga2 darusyifa mujarab utk sofia insyaallah akak yakin

    ReplyDelete
  2. tq kak yun,nak sgt jmpe kakyun. tersarat kat dada ni kakyun. doakan tau. Doa kita sgt diperlukan untuk dia.

    ReplyDelete
  3. ya Allah..kesiannya Sofia. rasa nak meleleh air mata tengok T_____T apetah lagi Aini kan. ya Allah, berilah kesembuhan pd si kecil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ttq kak ena. moga satu hari ada kesembuhan untuk Sofia. dah tak sanggup tgk muka dia berdarah2.

      Delete