Friday, May 17, 2013

sepasang mata kecil

semalam blk dr rumah pengasuh, dis syorkan barang Healin jenis gel.Sebab yg aku beli jenis yg berangin.Kdg2 dia nampk tak selesa sbb berangin. Katanya abg dia pakai sebab nak bg kering luka. Aku ambil, tak cakap banyak. Masa balik rumah dah perasan kelopak mata dia tegang dek kesan kulit yg digaru. Rasa nak menitik air mata, tapi kena kuat sebab tak nak hubby perasan. Tak nak nmpk aku sedih, dgn keadaan Sofia.

Tp dlm hati sape tau, paling sedih masa aku masak dia nangis. Suami dah bersiap nak ke surau. Means aku kena siapkan cepat makanan dia, suap. Dia nangis sebab lapar la, dalam pada kelam kabut sempat aku jerkah dia(sorry baby, Mama tak sengaja...) Stress beb, mana nak siap makanan kami, bubur baby, Zharif mcm biasa nak tu, ini.  siap makanan aku pon suap. Kalau dah makan ofkos comot. Yes, bg mandi dgn kadar sepantas kilat. Dah kul 7.30 mlm kena la mandi kejap jer. Sejuk tak elok tuk baby. Siap mandi aku tgk kelopak mata dia dah berat jer. Aku perati rapat2, mata dia mmg teruk. Berkelip tak rapat, aku siap bedung, heret buai masuk bilik. On ekon bedung kemas2, masuk buai. Kesannya, lena! hepi tak terkata boleh la aku nak mandi....aduhai rasa nak menjerit tgk mata dia. sebelum dia tido sempat aku sapu gel Healin tu kat seluruh muka dia.

Aduhai anak, Mama harap satu hari nanti Allah perkenan doa Mama nak tgk Sofia sihat seperti budak lain. Kdg2 Mama nak jer sorok Sofia dari pandangan ramai. Bukan kerana rasa malu, segan, tp Mama tak nak sebut,ulang apa yg terjadi. Macam mana ia terjadi, apa yg kita dah usahakan. Tak perlu kita bgtau. Semua tu bg Mama bertambah down. Bilamana org pandang Sofia, org akan pandang semacam. Luahkan rasa kasihan. Tp kasihan yg sangat 'membunuh'. Kekadang kenapa tak cuba itu, ini. Oh my! Yang sangat membunuh hati Mama "org dulu2 tak ade sakit macam ni..." Ya Allah kenapalah aku terserempak org sempit macam ni.

Hari ni kat opis ni tak tenang bila terkenang sepasang mata anak kecil ku itu. Dan aku nak ucap terima  kasih kat pengasuh yg sudi menjaga Sofia hingga ke akhir ini. Iya, mmg betul mmg aku sayangkan pengaasuh aku atas kerana mereka yg mengasuh Zharif dan Sofia hingga ke hari ini. Salah2 kecik tu aku tak hairan sangat kalau nak dibandingkan dengan kesanggupan dorang menjaga esp Sofia. Sebab bukan semua willing to jaga dia. Sebab dia mmg dari kecik suka menangis, pantang rimas, panas. Moga tuhan limpahkan rezeki yg banyak untuk korang...Moga korang akan terus menyayangi anakku sebagaimana aku menyayangi mereka :)

"ya Allah, kau sembuh kan lah anakku, seperti kanak-kanak lain. Panjangkan lah usiaku untuk menjaga dia, supaya dia dapat merasai seperti kanak2 sebaya dia bermain, penuh gelak ketawa...Kau berikanlah aku kesabaran membesarkan dia. Jauhilah daku dari sifat berputus asa untuk mencari penawar bg menyembuhkan dia. Moga dengan izin dari Allah, suatu hari nnt anakku akan sihat sepenuhnya. Amin"

Seandainya ada yg 'ter' baca doakan lah untuk si kecil saya ini.

2 comments:

  1. sedihnya baca aini T___T

    moga Sofia cepat sembuh. amin.

    ReplyDelete