Monday, May 13, 2013

serabut

salam semua...
hari ni isnin. 13/05.2013 semalam si puteri genap 11 bulan. Dalam perjalanan balik dari rumah MIL, baru perasaan kewujudan gigi pertama. sangat teruja! tak sabar nak tggu bulan depan besday dia yg pertama...

aduhai bercerita ttg Sofia, keadaan dia masih biasa. Eczema yg tidak berhenti2, berdarah2. Nangis sebab rimas...ya allah berat sungguh dugaan kali ini. Kali ini balik kg sebab mmg dah lama tak balik kg di Kedah...so, agak mengejutkan semua sebab kondisi yg teruk. Sebelum tu, kami dapatkan Gamat Healin Zaniplus mcm dalam berita Buletin TV3 tu...budak tu dgn kuasa Allah telah sembuh...dia eczema di badan. Berbeza dgn Sofia yg major di bahagian muka. Pada tahap ini rasa nak resign semakin menebal. Dgn duit simpanan tak sebanyak mana...mmg tak cukup. Sangat runsing anak tak sihat. Paling tak sanggup nak tinggal di pada babysitter. Berkelip2 mata dia pandang aku setiap kali hantar dia. Luluh hati.

So, kami stop ubat homeopathy...cuba Gamat Healin. Arghh pada saat ini, nak jer aku menangis semahu2 nya bila teringat dia...sekarang tahap sebut jer pasal ubat, terus zass p beli. Kadang2 tak sabar, nak tgk kesan. Allahhuakbar!

Pada aku, aku tersangat la teringin nak tgk dia sihat seperti kanak2 lain. Taknak dia nangis2, nak luah pon tak boleh...

No comments:

Post a Comment