Tuesday, June 15, 2010

This thursday ada appointment kat Klinik Kesihatan Putrajaya .... kene g awal pagi sebab kena minum air gula untk kali ke 2, aritu dh minum dah...tersangat lah manis...tp kena minum jgk...kene puasa begin from 10.00 pm on Wednesday, amik air kencing, amik darah, pastu minum air gula, pastu kena tggu 2 hours pastu test air kencing n amik darah...and last jumpa nurse n doctor.....kalau ikut kan rasa malas jer nak g...tp untuk kebaikan me n my little child, everything will be ok...walau kene minum satu jug air gula...semuanya sedap je...ini lah yg dikatakan perngorbanan....zaman skrg boleh di katakan canggih nak g klinik pun naik kereta...kalau dulu...menapak la jawabnya mak2 kita nak ke klinik...ndak pulak masa mak saya mengandungkan saya, dia pregnant 10 bulan...kalau tambah 2 bulan bersamaan dengan bunting gajah la...hahahaha
sejak menderita kencing manis, melihat kan buah-buahan kat pasar mcm musuh ketat pulak....sgt la tak suka...geram, menyampah, meluat...(walau dlm ati teringin nan mampuih)...hehe...nak minum air kat pasar malam lg la takut...sbb airnya manis...so, the best solution, aku minum air masak kat umah jer...so, dlm peti ais umah saya hanya ada buah jambu batu, jambu air, limau sunkist n green apple....tp walaupun tak berapa sodap, ttp ku hentam perabis buah dlm peti ais tu...hahaha...stop merupik2, kita baca info ttg enyakit kencing manis...hehehe
Pengawalan diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
a) Penjagaan pemakanan dan berat badan
b)Kerap bersenam
c)Pengubatan
d)Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

No comments:

Post a Comment