Monday, November 11, 2013

campur aduk's

salam. wah hari ni dah pertengahan bulan Nov 2013. Menghampiri penghujung 2013. Tahun depan aku dah 29 tahun, Zharif 4 thn, Zahirah 2 thn, suami 33 thn. Hurm...makin tua aku ni, besar tanggungjawab. Untuk anak-anak, keluarga. Harapnya tahun depan aku, suami, anak-anak dikurniakan kesihatan yg baik, kewangan yg mantap la hendaknya. Amin

Lama tak menulis, kekangan tension membawak ke malas. Kah kah! Aku tak suka saat menulis sepantas kilat, ada mata yg pandang. Mak malu gitu. Blog pon sekadar suke2 kalo nak banding ngan blog org lain. Follower pon ade la beberapa kerat, cerita pon suam2 kelingking je. Yg membuat kan malas tu kekadang benda yg banyak sangat kat kepala ni.Ye lah, macam mana nak kata otak tak berat, aku masih risaukan eczema Zahirah sejak kebelakangan ni. Sejak guna homeopathy dari pekan Jeniang, Kedah Darul Aman ni, makin membuak2 naik nya eczema kat kaki dia. Aku sendiri pon ngeri. Tp sebab dah terbiasa, no hal lah nak tangani jari jemari Zahirah yg pantang lepa nak menggaruk.

menurut Dr arif tu mmg sekarang ni ubat yg dia bg dos rendah means akan naik la tindakbalas memandangkan sebelum ni ada penggunaan steroid. Nak tak nak, syarat Dr Arif berkenaan penggunaan homeopathy adalah sabar dan sabar. Dan kuncinya pon adalah S.A.B.A.R. Tapi Zahirah ni jenis nya tak suka makan ubat syrup. Dia lebih suka makan yg jenis mcm gula-gula. So, part tu mudah. Kalau ubat habis, call Dr. Arif bgtau progress, dan dia pos ubat. Tq to kak ita sebab suggestkan pada aku, memandangkan anak dia pon senasib dgn Zahirah(anak kak ita bernama Muhammad). Pernah kami berjumpa semasa kenduri. Ya allah! kulit anak dia sembuh dengan izin Allah, dan semangat insan bernama Masita Abd Wahab. Terbayang wajah Muhammad, kulit muka, kaki, tangan dia. Allahuakbar. Sehingga kini aku tak berani nak upload gambar Zahirah part kena eczema. Dan tq pada kak naja jugak yg suggestkan klinik ini. Rasa mcm tak sanggup pon iye jugak nak upload gambo Zahirah. Nantilah tunggu rajin aku upload, tp idok le berjanji. Kih3. kdg2 tgk gambo baby gebu2, teringat anak sendiri. "Ya Allah, sembuhkan lah anakku sepertimana kanak-kanak yg lain, ringankan lah kesakitan anakku"

Jumaat ni nak balik kg. Wahh bestnyer! tak sabo! tak sabo!

Ada 1 benda aku nak bgtau kat sini. Dan bertahun2 sebenarnya aku tak pakai jam. Rasanya dari tahun 2007. Asal nak beli ade jer....boleh jer nak beli sendiri, tp kan best kalo ade org bagi hadiah (owhhh darlingsss ku) bile dah ade duit, mula lah kelain je. Tup2 ubat Zahirah abis lah, nak beli itu lah, ini lah. Pastu, hilangggg dari ingatan. Haha. Nak ikutkan ade je jam murah2 tp nak merasa lah pakai guess ker, fossil ker....berangan la Eny! tih tih tih. Tp tak per, mana tau ade rezeki nanti-nanti-nanti. (mcm lmbt lg jer...mcm lmbt lg jer...)

Dan lg satu, percutian.
tgk org p sana, sini. sabah lah, cameron, bandung, langkawi....hati teringin kalau dapat p mandi kat morib pon best. tp apakan daya. byk benda nak kena tumpu. Harap satu hari nnt, bila Zahirah dah semakin sihat aku diberi kesempatan bercuti. Bukannya mengeluh, tp anak eczema ni kene pertimbangkan dari segi cuaca, keselesaan dia. Tak nak lah mementingkan diri sampai anak kecik tu tersiksa. 

Ok lah, nnt sambung lg. 

pesanan: Sama-sama kita doakan keselamatan anak-anak kita di rumah pengasuh/taska dilindungi. Moga anak-kita diberi kesihatan yg baik berpanjangan. Amin ya rabbal alamin.
(byk sgt kes-kes penderaan lately)

**gambar gambar Aidilfitri 2013, berlatar belakang ladang kelapa sawit tepi rumah MIL di Kampung Batu 8, Jalan Jeniang, Gurun, Kedah.



























1 comment:

  1. Alahai Eni..akak susah hati je kalau baca ttg Sofia kat sini. Skali skala bila teringat mmg akak doakan utk kesembuhan Sofia jugak. Sedih sgt. Allah uji Eni n suami sbb korang mampu. Itu janji Dia pd hamba2Nya kan? moga Eni terus tabah. N moga Sofia sembuh 1 hari nti. Amin

    ReplyDelete