Monday, February 2, 2015

Selamat tahun baru 2015

 Assalamualaikumm...

-lama btl tak update. takder lah bizi mane. cumanya yg terlebih nya ialah malas. mmg betul pon malas. baca blog org lain best. tgk org beli itu, ini, preggy, bercuti sana sini, beli kereta baru. arghh mcm2 la...

-selamat tahun 2015 semua...semoga tahun ini kita lebih kuat menempuh dugaan mendatang, dimurahkan rezeki untuk keluarga, dimantapkan kewangan keluarga, diberikan kesihatan yg baik, diberi semangat bekerja yg utuh....dan tak lupa menjayakan azam-azam sebelum ini yg tak lepas2 :)
-2015 ni Zharif dah mula bersekolah tabika. Dekat jer dengan rumah sebenarnya. Kami daftarkan dia di Tabika Kemas Bunga Matahari Presint 18r4...Pagi2 husband akan hantar dia,  aku kena hantar Sofia... selesai hntr Sofia aku tuggu husband kat bus stop depan apartment babysitter Sofia. kejap btl masa berlalu abg dah 5 thn, Sofia 3 thn...rasa mcm baru je dorang ni lahir. Aku pon dah 30 thn ni....

-Alhamdulillah Sofia dah semakin sihat berkat doa tak putus2 dari org yg tersayang, dari rakan aku dan husband. Tak lupa kata2 semangat. Yg penting masa berhadapan eczema kronik ni kita perlu berdamping dengan org yg positif. yg sentiasa bg semangat, dan mengucapkan kata2 perangsang. Dan aku pon kerap le pm org2 yg dah expert dalam bidang ni...pm kat fb, sebenarnya konsep nak mendalami satu ilmu tak boleh malu. Btl tak?? Dia pon dah mula pandai bercakap dgn org luar, kurang perassan rendah diri, kawasan pipi tu masih ada lg tompok merah dah sebesor 20sen compared sebelum ni sebesar saiz pipi dia...tak terbayang pipi dia yg bernanah, merah dan berair tu. Tp takpe, aku redha tuhan menduga kami cara yg sebegitu...tp dia cukup tabah Sofia ni. cukup senang nak telan ubat Hemeopathy ker supplement Qaseh ker... ubat klinik sekalipon....tp Sofia sgt takut dengan penyepit kuku...teruk nya rasa masa kuku dia pjg...kuku dia mmg kene  kerap potong sebab suka menggaru...dah fobia pulak dia skrg ni...

-itu je lah kot nak kongsikan kat sini setakat ni....ini pon ambil masa btl nak mengarang ni...tahun ni tak de plan pon nak bercuti kemana-mana...nnt le ade bajet lebih g Melaka tak pon zoo pon jadi la hihihi...

Friday, December 6, 2013

Jangkitan Kuman Dalam Darah+ Jangkitan Kuman Pada Kulit

Salam Jumaat 6/12/2013
Lagi 6 hari genap lah Sofia 1thn6bulan. Maybe cucuk umur 18bln ni kami hold dulu or sayonara terus. Memandangkan kerisauan yg memuncak pada kulit Sofia like before. Masa cucuk setahun yg lepas ezcema naik tak disangka2. Harap kali ni keputusan yg kami ambil betul memandangkan eczema agak kurang lately.

Dimulakan last week Sofia demam onn off. Siang tak demam, malam je demam. Kerisauan memuncak dia demam more than 3 days! So on khamis 21/11/2013 kami ke klinik P9 amik darah sebab demam lah. Resultnya sangat menghampakan ada jangkitan kuman dalam darah. Dalam masa yg sama eczema sangat2 teruk ok. Masa balik kg, mmg dah perasaan ada biji2 air kat muka dia. Lantas biji2 tu pecah dan jadik nanah. Nak dijadikan cerita eczema kat pipi kiri Sofia jadi macam lopak2. Dan nampak isi. Dia pon nmpk lemah hatta nak kunyah nasik pon dia tak larat. baring dan tido je keje dia. Doc dah mintak tahan wad.(doc tu jiran kami). Kami sebulat suara tak nak dia ditahan, nak jaga dia sendiri dari segi penjagaan makan antibiotik la kan. So start 25-29/12/2013 bermula episod kami laki bini cuti, el, mc jaga Sofia. Seminggu jugak Zharif tak g rumah pengasuh.

So, repeat semula amik darah 26/11/2013 memandangkan dia masih demam malam. So, doc ckp darah dah ok, takder kuman. Cuma jangkitan kuman pada muka tu menyebabkan dia masih demam waktu malam kata Doc. So, doc mintak refer HUKM(sbb sblm ni rawatan dermatology kami kat sana) untuk tahan wad. Doc pon tak sanggup tgk muka dia. Aku lg lah. Dah takder rasa sedih dah melainkan rasa aku perlu kuat untuk si anak. Syukurlah kalau bercakap dgn Mak, kakak-kakak, kawan air mata dah tak merembes lg. Kalau tak asal ade yg bertanya mula aku sebak. Doc tu cuma ckp "parent jgn sesekali putus asa, Doc pon tak sanggup tgk muka anak ni" oh doc, sememangnya kami pon tak sanggup tgk anak melepek kat ribaan. Tak nak mkn, tak nak susu, taknak main, tak nak gelak, bercakap.

Alhamdulillah, aku call doc homopati kat Gurun , kedah nak mintak pendapat. Dia cadangkan dapatkan antibiotik dari klinik swasta untuk kurangkan jangkitan pada muka Sofia. menurut dr arif, selagi muka dia ada jangkitan selagi tu la dia akan demam... Alhamdulillah Sofia semakin sihat. Keruping pon kering elok, dan dah pulih muka dia. Bukan apa, bila ank jadi macam ni, kita hilang punca, Pada siapa nak refer, eh cakap sapa yg aku percaya ni. Eh betul ke apa buat ni...dah mcm 'eh' yg timbul...haha...mak bergurau. Dan aku pon order ubat Sofia dan ubat hubby sekali gus....

Skrg ni agak lega dengan perkembangan dia. Dah pandai sebut beberapa patah kata. Yg kelakar dia panggil hubby 'papa'. Pendek kata semua dalam rumah dia panggil 'papa'. Ini mengundang kemarahan Abang Zharif la... hehe. Apa pon, meskipon besar dugaan mendatang yg penting kita kena positif. Doa paling penting. Harapnya lepas ni Sofia sihat2 aje. Tak lupa doa2 untuk kanak senasib Sofia seluruh dunia. Aminnn



Monday, November 11, 2013

campur aduk's

salam. wah hari ni dah pertengahan bulan Nov 2013. Menghampiri penghujung 2013. Tahun depan aku dah 29 tahun, Zharif 4 thn, Zahirah 2 thn, suami 33 thn. Hurm...makin tua aku ni, besar tanggungjawab. Untuk anak-anak, keluarga. Harapnya tahun depan aku, suami, anak-anak dikurniakan kesihatan yg baik, kewangan yg mantap la hendaknya. Amin

Lama tak menulis, kekangan tension membawak ke malas. Kah kah! Aku tak suka saat menulis sepantas kilat, ada mata yg pandang. Mak malu gitu. Blog pon sekadar suke2 kalo nak banding ngan blog org lain. Follower pon ade la beberapa kerat, cerita pon suam2 kelingking je. Yg membuat kan malas tu kekadang benda yg banyak sangat kat kepala ni.Ye lah, macam mana nak kata otak tak berat, aku masih risaukan eczema Zahirah sejak kebelakangan ni. Sejak guna homeopathy dari pekan Jeniang, Kedah Darul Aman ni, makin membuak2 naik nya eczema kat kaki dia. Aku sendiri pon ngeri. Tp sebab dah terbiasa, no hal lah nak tangani jari jemari Zahirah yg pantang lepa nak menggaruk.

menurut Dr arif tu mmg sekarang ni ubat yg dia bg dos rendah means akan naik la tindakbalas memandangkan sebelum ni ada penggunaan steroid. Nak tak nak, syarat Dr Arif berkenaan penggunaan homeopathy adalah sabar dan sabar. Dan kuncinya pon adalah S.A.B.A.R. Tapi Zahirah ni jenis nya tak suka makan ubat syrup. Dia lebih suka makan yg jenis mcm gula-gula. So, part tu mudah. Kalau ubat habis, call Dr. Arif bgtau progress, dan dia pos ubat. Tq to kak ita sebab suggestkan pada aku, memandangkan anak dia pon senasib dgn Zahirah(anak kak ita bernama Muhammad). Pernah kami berjumpa semasa kenduri. Ya allah! kulit anak dia sembuh dengan izin Allah, dan semangat insan bernama Masita Abd Wahab. Terbayang wajah Muhammad, kulit muka, kaki, tangan dia. Allahuakbar. Sehingga kini aku tak berani nak upload gambar Zahirah part kena eczema. Dan tq pada kak naja jugak yg suggestkan klinik ini. Rasa mcm tak sanggup pon iye jugak nak upload gambo Zahirah. Nantilah tunggu rajin aku upload, tp idok le berjanji. Kih3. kdg2 tgk gambo baby gebu2, teringat anak sendiri. "Ya Allah, sembuhkan lah anakku sepertimana kanak-kanak yg lain, ringankan lah kesakitan anakku"

Jumaat ni nak balik kg. Wahh bestnyer! tak sabo! tak sabo!

Ada 1 benda aku nak bgtau kat sini. Dan bertahun2 sebenarnya aku tak pakai jam. Rasanya dari tahun 2007. Asal nak beli ade jer....boleh jer nak beli sendiri, tp kan best kalo ade org bagi hadiah (owhhh darlingsss ku) bile dah ade duit, mula lah kelain je. Tup2 ubat Zahirah abis lah, nak beli itu lah, ini lah. Pastu, hilangggg dari ingatan. Haha. Nak ikutkan ade je jam murah2 tp nak merasa lah pakai guess ker, fossil ker....berangan la Eny! tih tih tih. Tp tak per, mana tau ade rezeki nanti-nanti-nanti. (mcm lmbt lg jer...mcm lmbt lg jer...)

Dan lg satu, percutian.
tgk org p sana, sini. sabah lah, cameron, bandung, langkawi....hati teringin kalau dapat p mandi kat morib pon best. tp apakan daya. byk benda nak kena tumpu. Harap satu hari nnt, bila Zahirah dah semakin sihat aku diberi kesempatan bercuti. Bukannya mengeluh, tp anak eczema ni kene pertimbangkan dari segi cuaca, keselesaan dia. Tak nak lah mementingkan diri sampai anak kecik tu tersiksa. 

Ok lah, nnt sambung lg. 

pesanan: Sama-sama kita doakan keselamatan anak-anak kita di rumah pengasuh/taska dilindungi. Moga anak-kita diberi kesihatan yg baik berpanjangan. Amin ya rabbal alamin.
(byk sgt kes-kes penderaan lately)

**gambar gambar Aidilfitri 2013, berlatar belakang ladang kelapa sawit tepi rumah MIL di Kampung Batu 8, Jalan Jeniang, Gurun, Kedah.