Friday, December 6, 2013

Jangkitan Kuman Dalam Darah+ Jangkitan Kuman Pada Kulit

Salam Jumaat 6/12/2013
Lagi 6 hari genap lah Sofia 1thn6bulan. Maybe cucuk umur 18bln ni kami hold dulu or sayonara terus. Memandangkan kerisauan yg memuncak pada kulit Sofia like before. Masa cucuk setahun yg lepas ezcema naik tak disangka2. Harap kali ni keputusan yg kami ambil betul memandangkan eczema agak kurang lately.

Dimulakan last week Sofia demam onn off. Siang tak demam, malam je demam. Kerisauan memuncak dia demam more than 3 days! So on khamis 21/11/2013 kami ke klinik P9 amik darah sebab demam lah. Resultnya sangat menghampakan ada jangkitan kuman dalam darah. Dalam masa yg sama eczema sangat2 teruk ok. Masa balik kg, mmg dah perasaan ada biji2 air kat muka dia. Lantas biji2 tu pecah dan jadik nanah. Nak dijadikan cerita eczema kat pipi kiri Sofia jadi macam lopak2. Dan nampak isi. Dia pon nmpk lemah hatta nak kunyah nasik pon dia tak larat. baring dan tido je keje dia. Doc dah mintak tahan wad.(doc tu jiran kami). Kami sebulat suara tak nak dia ditahan, nak jaga dia sendiri dari segi penjagaan makan antibiotik la kan. So start 25-29/12/2013 bermula episod kami laki bini cuti, el, mc jaga Sofia. Seminggu jugak Zharif tak g rumah pengasuh.

So, repeat semula amik darah 26/11/2013 memandangkan dia masih demam malam. So, doc ckp darah dah ok, takder kuman. Cuma jangkitan kuman pada muka tu menyebabkan dia masih demam waktu malam kata Doc. So, doc mintak refer HUKM(sbb sblm ni rawatan dermatology kami kat sana) untuk tahan wad. Doc pon tak sanggup tgk muka dia. Aku lg lah. Dah takder rasa sedih dah melainkan rasa aku perlu kuat untuk si anak. Syukurlah kalau bercakap dgn Mak, kakak-kakak, kawan air mata dah tak merembes lg. Kalau tak asal ade yg bertanya mula aku sebak. Doc tu cuma ckp "parent jgn sesekali putus asa, Doc pon tak sanggup tgk muka anak ni" oh doc, sememangnya kami pon tak sanggup tgk anak melepek kat ribaan. Tak nak mkn, tak nak susu, taknak main, tak nak gelak, bercakap.

Alhamdulillah, aku call doc homopati kat Gurun , kedah nak mintak pendapat. Dia cadangkan dapatkan antibiotik dari klinik swasta untuk kurangkan jangkitan pada muka Sofia. menurut dr arif, selagi muka dia ada jangkitan selagi tu la dia akan demam... Alhamdulillah Sofia semakin sihat. Keruping pon kering elok, dan dah pulih muka dia. Bukan apa, bila ank jadi macam ni, kita hilang punca, Pada siapa nak refer, eh cakap sapa yg aku percaya ni. Eh betul ke apa buat ni...dah mcm 'eh' yg timbul...haha...mak bergurau. Dan aku pon order ubat Sofia dan ubat hubby sekali gus....

Skrg ni agak lega dengan perkembangan dia. Dah pandai sebut beberapa patah kata. Yg kelakar dia panggil hubby 'papa'. Pendek kata semua dalam rumah dia panggil 'papa'. Ini mengundang kemarahan Abang Zharif la... hehe. Apa pon, meskipon besar dugaan mendatang yg penting kita kena positif. Doa paling penting. Harapnya lepas ni Sofia sihat2 aje. Tak lupa doa2 untuk kanak senasib Sofia seluruh dunia. Aminnn