Wednesday, February 27, 2013

kisah lesen

bln 12 last year, dipaksa suami untuk ngambik lesen. Alasan? sbb aku mmg takde lesen lahh...hehe. Masa unur dlm 20-an penah sekali amik lesen motor, lepas je ujian komputer gagal, aku terus tinggal lesen motor tu. Motor pandai bawak. Tp malas nak settle lesen. Teruk kan, rasa mcm susah pon ada, leceh! betapa teruknya aku time tuh. Dan start kawen 2008, suami asyik la suruh amik lesen. Tp aku byk mengelak. Sampai la Disember 2012 aku termakan pujukan dia. Plus time tu dpt bonus. And boleh bayar sikit, 300 daftar dan dengar ceramah. 300 berikutnya masa nak amik ujian komputer....368 (kalo tak silap la) untuk belajo kete. Dan 3x belajo test JPJ. Aku amik extra class sehari RM 100.Agak mahal. Tp berbaloi utk org neves gila mcm aku ni. Kedai lesen aku ni belajo 3 hari sebab litar kitorang jauh kat PD sana. Bayangkan nak travel sana dari Putrajaya- PD tersangat la jauh. Jd kitorang diarah belajar dari pg-petang selama 3 hari, date cikgu aturkan.  Jd sehari tu belajo lama lah.

Aku antara student yg lembab, senang kata susah nak terima arahan cikgu. Plus aku penakut pegang stereng. Tp aku anggap teguran, leteran, pekikan depa tu mcm bapak aku jer. TAkde pendam2. Masa last day (tambah kelas) tu, cikgu hempuk tgn aku sebab aku menggelabah nak kuar jalan besar. terus aku genggam gear. Terus jd payah nak masuk gear. Kenderaan dan bersusun blkg kancil aku tu. Ada 2 jalan je kat sana utk test JPJ. JAlan 1(kawasan pekan which is bizi) dan jalan 3(jalan kebun sawit, dan ade kawasan sekolah) Syukur, aku dpt jalan 3. Mudah dan lancar. JPJ is tak byk sembang, so diam je lah dlm kete. Dapat markah 17/20. Masa nak sign tgh LULUS. Aminnn. Allah telah makbul doa aku dan org2 yg mendoakan aku.

Litar pon lulus. Cuma kat bukit tu memula cuak la jgk. Tp turun je bukit, Fuhh lega. Aku org last tuk sesi kul 11 am. Jd jpj mmg perati je aku masa parking sisi n 3 side.

Aku sgt berterima kasih kat suami yg tersayang, jaga ank sabtu ahad masa aku blajar driving. Bg semnagat. Selama bertahun dia yakinkan aku. Bantu dari segi kewangan masa nak bayar. Aku taknak susahkan dia, sblm p driving class masakkan siap2 nasik n lauk lunch. Sbb payah nak kelek budak berdua ni. Mungkin keikhlasan aku tuhan bg lulus JPJ. Nak bantu dia...utk masa2 akan dtg dia dh tak pening2 nak amik antar aku p keje, amik anak sekolah...

MAna tau kot2 dia nak beli aku kete kecik ke...buat hadioh besday....(senyum nmpk gg, mate kelip2) hehe...

Friday, February 1, 2013

Cuti hari wilayah

Salam semua....hari ni bersiaran dari jalan raya...kami otw balik sungai siput sempena hari ni cuti wilayah. Hubby je yg cuti sebab aku dah tukar jadi warge Selangor. Sbb keroje di Cyberjaya. So aku apply cuti, so smlm team leader(TL) bgtau cuti dah approve, sms hubby bgtau jom blk kg....dia balas 'horey'. Arg lelaki mmg simple bab taip sms ni....so, mlm td masak simple sebab nak habiskan stok makanan. Skrg ni letih macam mana pon ttp masak. Pd aku yg penting air tgn sendiri, suami n ank makan. Tak boleh nak harap anak kita pengasoh dah beri makan memadai. Sebab kita pon tak pasti dia makan mcm mana, byk atau sikit....main2 ke....so, langkah yg baik makan mlm dia wajib makan depan kita.

Since dh tukar opis ni, hidup jadi huru hara jugak. P keje hubby hntr sampai JPM naik bas sampai Cyber. Kat sana kafe jauh. Jadi otomatik aku kena masak breakfast lps ni. Sblm ni makanan ditaja sebab training....so pas ni kena masak. So, jimat dah kat situ yea. Atau puasa jer. Lg senang! Apa pon bersyukur walau tukar opis, enviroment br aku masih bekerja utk ank2. Sbb tahun dpn rasanya nak hntr ank2 duk nurseri...and part paling best eczema sofia agak memuaskan....sejak 2,3 hari lepas...syukur pada Mu...bkn apa, dia susah nak lena malam sebab gatal...baby yg ada eczema ni tak boleh rimas pd panas, habuk, miang etc...so kalau dia tak selesa mmg terjejas la tido dia...aku teringat masa balik kg mak tak bg kami bawa Sofia pegi kenduri... Mak kata nnt dia rimas sebab panas, nnt dia nangis, mak kesian sebab mak penah rasa kakak aku yg kedua ada masalah kulit...

Sejak dh boleh merangkak ni sofia dah kurang merap or menangis...dia main sendiri. Janji ada mainan atau abg duduk main tepi dia, dia ok jer. Tuhan tu maha mendengar sekecil2 doa hambanya. Bln ni Sofia dah 8 bln...kejap jer. Makan dia senang je, bubur nasik campur kentang....beras tu basoh bersih, tapis air, keringkan, blander.... Nak masak hanya didih air masuk beras td...nnt bubur tu tak payah nak blander lg....kentng tu lenyek pakai sudu jer. Perasakan dgn ikan bilis sekor dua. Selera je dia makan. Sofia ni bab makan mmg slow..tp yg best..licin!!!!

Ok lah tu je lah nak bebel kat sini.....doakan kami selamat sampai yer....tak sabar nak makan masakan mak yg superb

Psst: menu kesukaan aku kalau blk kg mesti gulai keladi masak lemak n gulai rebung with udang...yummy....tak igt lsg kat big apple, cheese kek...hehehe