Wednesday, November 28, 2012

Cuti2 Penang

Salam, terasa nak menaip pg nie. Sebab Boss takde dan ramai juga yg takder...So, amik kesempatan nak cerita weekend lepas. Jumaat lepas aku amik cuti balik kg. Balik Kedah. Bermalam semalaman, keesokannya (sabtu) ada kenduri kat Pendang. Kawasannya sgt la best. Jalan jalan nak ke rumah pengantin sgt la kecik jalannya. Kiri kanan ada tali air dan juga bendang. Fuh kalau aku mmg tak leh lalu situ kalau bertembong aku menggelabah. Silap ari bulan aku berenang dalam tali air tu. Mintak simpang! Keh2.
 
Lepas kenduri beramalam kat Seri Malaysia Penang. Boleh lahh...tp petang tu lepas mandi, semayang terus makan kat Telok Tempoyak. Tp tak snap gambo langsong mengenangkan takot rahsia terbongkar! keh2. Siakap yg besau tu rm 30++, udang dlm 7 ekor rm 21, sangat la besar itu udang. Terasa segar n manis. Pada aku mmg murah harga nye, compared sini. Kitorang sampai 5.45 petang. So kedai baru bukak tggu sat jer tara! pilih2 ikan, suruh dia bakar, rasa sgt fresh n air asam sgt sedap n merbeles.
 
Esoknya (ahad) balik. Otw balik singgah Juru makan Mee udang(aku) dan mee udang (habby)...Zharif tak nak katanya pedashh. Tp cuti kali ni Sofia demam. Sebab Rabu sblm tu dia cucuk 5 bulan. Biasalah kalau demam. Nangis jer malam kat hotel tu. Lepas tu aku bedung, bf sekejap terus tdo sampai pg. Ubat pon hubby dah beli utkZharif skali, dia pon dedar jer. Sofia masa kat rumah MIL menangis non stop sbb sblm tu badan dia panas.
 
Tu sbb aku tak leh bermalam lama2 kat rumah org lain..tambahan Sofia ni kalau tukar arah dia tak selesa. Apapon aku rasa selesa kat rumah sendiri 100%. Skrg ni malas jer nak balik kg, bukan apa Sofia ni jenis susah nak lena.Kuat teriak..kalau aku dgr org cakap something aku mula la rasa bengang. Harap2 dalam masa terdekat ni jgn la hubby ajak balik kg lg....teringat masa dia nangis aritu. Sampai serak suara.

Friday, November 16, 2012

Sofia lagi

 ini gambo hari selasa. See, kat pipi dia dah mula naik merah2...
 Hari Rabu baru balik dari nurseri opis sbb pengasoh takder. Pipi dia makin teruk...sampai tertido masa Mama masak kat dapor...
 Ini gambo dari dekat. Nmpk mcm melecur...
 

Wednesday, November 14, 2012

Sofia lagi

 gambo masa berdua tggu Abg Zharif and Ayah tapau nasik
 
ini gambo smlm, muka dia dh start naik ruam susu di pipi...tak tau nk ubat ape...pakai krim ok, tp naik semula...kekadang bedung supaya dia tak tenyeh pp dia tuh...paling ketara masa otw blk Putrajaya, dia byk bf agaknya terkena pp...sian Sofia

Rabu

tajuk yg sgt pendek. Mudah. Malas pon iye juge... Semalam Deepavali, nak wish happy deepavali kpd kawan2 beragama Hindu. Ada la beberapa kerat kawan yg sambut Deepavali. Lavanya(duduk depan aku masa form 6), Jayapriya(gelak mcm kuda), Mallika Kuppusamy(Cikgu Kamel panggil dia Mallika Sherawat), Anitha (tggl kat Ladang Sg. Kruda which is kawasan estet),Punitha Sivaraji(paling terer subjek Ekonomi), Thilaga, Kayathri(kami panggil dia kaya) pastu 2 org lagi tak igt nama. Pastu Sattheesswaran Sivalingam (hat ni igt nama sebab dia ketua kelas paling dedikasi), and Vijay....Aku merasa berkawan ngan bangsa lain ni pon masa tingkatan 6 rendah n atas. Sebelom ni hanya Melayu jer. Mmg best!
 
Cerita pasal smlm, kami shopping barang rumah kat Alamanda...bersungut jugak, asyik Alamanda jer. Jom la p JJ Equine...Hasband cakap "sidai baju luar rumah, mana leh kuar jauh2, nnti tak sempat agkt". lepas tu p Manjaku Bangi beli puting botol budak berdua tu yg kian teruk. beli pampers pastu ada barang sampingan yg lain....lepas tu ke Ayam penyet Wong Solo Seksyen 7...marvelous! sedap! Lepas tu terus balik sebab nak hujan nak turun! ada pulak sidai baju kat luar rumah, Nasib sempat angkat. Fuh3...
 
Cerita hari ni...tet,tet, mesej masok mlm td dlm kul 10pm."kak, esok ina cuti bla...bla..." maksudnya babysitter ank2 coti. So, menggagau aku nak cari pengasoh. So, pasrah je lah pg ni bawah budak2 p nurseri kot2 depa boleh jaga. Sehari RM 21 sorang.  Pepagi tggu penyelia mai, adik tu jwb ok! fuh lega Mak. Zharif mcm tak mau masok, aku hantar sampai depan bilik dia. Si adik kelip2 mata jer lah. Tak tau ape. Harap2 ok lah hendaknya. Tambah2 Si Adek yg kuat nangis tu. Tak per sat gi tengahari MAma dtg tgk Anje n Adek. Esok cuti lg, nak kemana yea? rasa nak beli baju la...baju skrg asyik tukar baju yg sama! bosan la plus baju aku mcm nmpk lusuh. Dah lama gila tak beli baju baru. Mana tau ada org nak belikan :)
 
Cuti kali ni mmg tak blk kg. Bagus jgk sbb kalau selalu balik nnt depa boring pulak asyik tgk muka kami jer. Hehe. prasangka betol. Haha. Ye lah den ni tak pandai masak. Masak style koboi reti lah.So, next week kami nak ke Penang. Ada wedding n terus menginap kat Seri Malaysia sbb husband ada reunion dgn kawan2 sepolian nya dulu. Tp nak singgah rumah MIL. Rasa mcm tak best la nak singgah minggah, tp tak bermalam. Aku ikot jer...apa2 pon dia kena menjawab, aku menurut perintah jer....Hew2. So excited nak p Penang. Saja suka2 bawak nak2 jalan. Dekat2 pon jd lah. Asal kan bercuti bebas dari sebarang gangguan. haha. dasar kuat berjalan
 
 
*gambo penutup*

Friday, November 9, 2012

Salam Jumaat

Wah cpt betul masa, dah Jumaat. Hari ngam2 sampai opis 7.56am. Hari ni aku telah melakukan sesuatu luar dari kebiasaan. Iaitu menyidai kain waktu pg. Kesannya, semua jd lambat.
Siap mandi pastu sidai kain. Zharif pulak tak mau mandi! perlu dipujuk, dicium2, dipolok2 adeii...nasib baik husband pandai bab pujuk ni. Aku???? tebal rasa nak cubit jer peha dia tu. Last2 husband pujuk dia masok bilik air. Servis bertukar tgn, aku mandikan Zharif.
 
Selasa gaji. Selesai la semua urusan bayar membayar ni. Pengasoh pon bayar cpt, malas tangguh. Husband suggest bayar cpt. Sbb dia tau bini dia ni caner. Haha. Part parent pon dh bg. So, balance tu nak kena jimat. Tak der la kata terlalu mewah, tp sederhana jer lah. Sebelum ada Sofia aku just bayar duit pengasoh utk Zharif jer. Yg lain husband settle.So, balance tibai la beli apa pon.  Skrg bayar 2 org sekali. So, balance paham2 jer. Tp cukup2 jer la. Walau tak mewah, tp alhamdulillah. Ada simpanan utk ank2 dan diri sendiri utk cemas2 yg tak dijangka. Ngeh2.
 
Tgk kawan2 pakai kereta best2, tudung mahal, baju cantik, kasut lawa+bersilau milau, terbit juga rasa teringin. Makan best2, cuti sana sini. Ape kan daya. Tgk opis mate pakai Coach ribu riban, argghh betapa bertuah mu kakak! Ada yg pernah cakap ngan aku, bini dia maintainan tinggi setaraf maintainan kereta! wah! pakai bedak cap apa? Aku just dengar je...angguk2. Silap la cerita kat aku yg tak der class ni. Takder sambutan pon kalo story kat aku.
 
Apa pon, aku bersyukur sgt, aku bahagia dgn hidop skrg. Aku tau husband pon kerja keras nak bg kami hidop selesa. Tp akur dgn apa yg kami ada. Yg penting Zharif n Sofia dpt hidup selesa. Ish, banyak pulak perenggan entry kali nih. Saja nak merepek2. OK LAH BYE!
 
 Adik dh boleh meniarap sendiri...
muka Abg tgh marah Mama amik gambo dia